07 Januari 2015

MYB10: Wang Kertas Siri 10 1999



1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008

MYB
10
Wang Kertas Malaysia Siri 10
10th Series Malaysia Banknote
1999
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
Gabenor ke 6 | 6th Governor

Senarai Denominasi, Tahun diedarkan dan perbezaan
1999
1999
1999
1999
1999
1999
RM1
RM2
RM5
RM10
RM50
RM100
Biru muda
Unggu Muda
Hijau
Merah
Biru-kelabu
Unggu

Wang kertas siri 10 versi pengumpul bersamaan dengan siri ketiga versi BNM dengan reka bentuk corak, tema dan motif 100% sama berbanding siri sebelumnya. Satu-satunya perbezaan pada siri ini berbanding siri sebelumnya adalah lokasi tanda tangan gabenor iaitu di bawah bahagian tengah berbanding di tepi sebelah kanan pada siri sebelumnya .

Siri ini menggunakan simbol identiti RM (Ringgit Malaysia). Semua ciri keselamatan pada siri ini sama seperti siri sebelumnya.

Siri ini memilliki 6 denominasi iaitu RM1, RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Denominasi RM5 kembali diperkenalkan setelah duit syiling RM1 telah dihentikan pengeluarannya pada tahun 1996.

Denominasi RM5 telah merasmikan siri ini dengan memasuki edaran pada 27 September 1999 dan diikuti oleh RM2, RM10, RM50 dan RM100 pada 13 November 1999.

Denominasi RM1 pula tidak diedarkan ketika Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman masih menyandang jawatan gabenor. Biarpun ada sedikit pengakuan dan pendedehan terbuka oleh pihak BNM berkait denominasi RM1 tetapi ianya masih diselubungi misteri sejak tahun 2000. Pendedahan terbuka pihak BNM  telah menjawap dan membuktikan bahawa denominasi RM1 MEMANG WUJUD dan dikeluarkan untuk siri ini.

Berikut adalah butiran penting pada siri ini dan perbezaan berbanding siri sebelumnya.


Ditanda tangani oleh gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (Tengah)

Bahasa & Identiti
·         Bahasa Melayu
·         Tulisan Jawi bagi "Bank Negara Malaysia" dan denominasi wang kertas tersebut.
·         Simbol Dollar $ digantikan dengan Identiti RM (Ringgit Malaysia)

Tema

"Wawasan 2020" dengan menampilkan pembangunan ekonomi Malaysia dan pencapaiannya menjelang status negara maju sepenuhnya.

Motif
Setiap denominasi memiliki motif tersendiri seperti berikut,
·         RM   1 -  Sektor Pelancongan
·         RM   2  - Rangkaian Telekomunikasi Moden
·         RM   5 -  Sektor Pembinaan
·         RM 10  - Pengangkutan Moden
·         RM 50  - Sektor Perlombongan
·         RM100 - Sektor Pembuatan/Perkilangan

Nombor siri
·         Memiliki nombor siri jenis mendatar berwarna hitam dan jenis nombor siri menegak dan                     berwarna merah pada muka belakang.
·         Menggunakan jenis nombor kecil pada permulaan dan semakin membesar pada digit                         berikutnya (Novel Numbering) kecuali RM2 agar tidak mudah untuk dipalsukan.
·       Ianya mengandugi prefix jenis 2 abjab dan diikuti oleh 7 digit nombor. Ini bermaksud, setiap set          prefix memiliki 10 juta nombor atau 10 juta keping wang kertas.

Kesan Kalimantang (Flurocent Effect)
Siri ini memiliki banyak kesan kalimantang agar ianya tidak mudah ditiru dan senang dikesan keasliannya apabila diperiksa dengan sinaran/ pancaran cahaya UV seperti berikut:
·         blok denominasi serta anjad BNM akan bersemarak
·         Nombor siri akan bersemarak
·         Serat keselamatan bersemarak dengan 3 warna iaitu merah, biru dan kuning.
·         Benang keselamatan yang tidak terlindung akan bersemarak
·         PEAK (Printed and Embossed Anti-Copy Key) akan bersemarak
·         Bunga Raya akan bersemarak
·         Beberapa corak di muka hadapan dan belakang turut bersemarak

Tera Air (Water mark)
·       (Water mark) Memiliki kawasan permukaan tera air yang cerah tanpa sebarang percetakan pada kedua-dua permukaan.
·       Tera Air Potret Agong dan  denominasi wang kertas

Benang Keselamatan (Silver Security Thread)
Memiliki benang keselamatan pada bahagian belakang dan berwarna perak kelihatan terputus-putus (Intermittent) pada permukaan. Benang keselamatan ini memiliki lubang berbentuk abjad mikro "BNM"  diikuti nombor mewakili setiap denominasi Contoh: BNM RM 100. Ciri keselamatan ini jelas kelihatan apabila kita menghalakan wang kertas bertentangan dengan sebarang cahaya terang.

Jalur Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
Ianya telah dicetak dengan abjad "BNM" dan denominasi dengan identiti "RM". Warna elemen ini akan berubah apabila sudut penglihatan diubah. Holografik LEAD tidak terdapat pada RM2.
.
Ciri Tanda Sentuhan @ Tanda Buta  (Braille Feature)
Siri ini memiliki ciri tanda sentuhan (tanda buta) bagi mereka yang cacat penglihatan mampu mengesan melalui sentuhan. Ianya diwujudkan dengan suatu lapisan dakwat khas dengan corak timbul (Intaglio) di bahagian hadapan (hujung kanan sebelah atas) seperti berikut:
·         RM   1  - 1 unit kotak berbentuk segi empat wajik
·         RM   2  - 1 unit berbentuk bulat
·         RM   5  - 2 unit berbentuk bulat
·         RM  10 - 3 unit berbentuk bulat
·         RM  50 - 2 unit berbentuk wajik
·         RM100 - 3 unit berbentuk wajik

Ciri Keselamatan Tambahan
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key)
Apabila mengubah sudut penglihatan dengan mengalihkan wang kertas, denominasi akan kelihatan pada bahagian tengah blok PEAK. Apabila melihat bertentangan dengan sebarang cahaya terang, terdapat beberapa bentuk (tanpa sebarang cetakan) akan kelihatan berwarna kerana bentuk berwarna yang kelihatan telah ditempatkan 100% tepat di bahagian belakang. Kesan sama juga akan terjadi pada imej Bunga Raya.

Ciri Anti Pengimbas/Penyalin (Anti-Scanner/Copier Features)
Ciri ini terdapat pada beberapa kawasan pada wang kertas di mana reka bentuknya tidak mampu dikesan dan disalin dengan penggunaan peranti pengimbas atau penyalin.

Tulisan Mikro (Micro-Letterings)
Siri wang kertas ini memiliki beberapa kawasan pada kedua muka dengan tulisan mikro yang hanya kelihatan dengan bantuan kanta pembesar.

Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings)
Tulisan mikro berbentuk kotak segi empat yang membentuk 2 segi tiga dengan berlainan warna mampu dirasai dengan sentuhan. Corak yang membentuk abjad "BNM" ini sebenarnya telah dibentuk oleh tulisan mikro (denominasi wang kertas) secara berulang dan hanya mampu dilihat dengan bantuan kanta pembesar. Kotak ini akan bersemarak apabila dipancarkan dengan cahaya UV.

Tulisan Mikro Latar Belakang (Background Micro-Letterings)
Terdapat beberapa kawasan pada wang kertas telah menampakan warna kertas dengan seakan sesuatu corak tetapi sekiranya dilihat dengan bantuan kanta pembesar, ianya adalah tulisan mikro "BNM" yang berulang.

Cetakan Intaglio  (Intaglio Print)
Cetakan intaglio memiliki kesan cetakan timbul dengan suatu lapisan yang menggunakan dakwat khas agar cetakannya mampu dikesan dengan sentuhan. Jenis cetakan ini telah digunakan untuk mencetak potret Agong, angka denominasi, elemen perhiasan dan perkataan " BANK NEGARA MALAYSIA "




RM 1 Siri 10 - TS Ali Abul Hassan


Sumber : BNM
Mengikut kajian rapi dan lengkap yang dikongsikan oleh Dato Sha di laman blog beliau Galeri Sha Banknote, ternyata 7 prefix seperti senarai di bawah tidak diedarkan bagi RM1 Siri "Wawasan 2020" kerana tiada siapa pun mengaku memilikinya kecuali prefix CR.

CQ
CR
CS
CT
CU
CV
CW

Prefix CR telah ditemui di dalam edaran dengan tanda tangan TS Ali Abul Hassan. Tiada siapa mampu mengesahkan sama ada kesemua 7 prefix yang tidak diedarkan memiliki tanda tangan TS Ali Abul Hassan atau disebaliknya. Walaubagaimanapun, Prefix CR telah dijumpai di dalam edaran dan telah diselamatkan oleh para numismatis tempatan untuk dijadikan koleksi. Senarai nombor siri bagi prefix CR yang pernah dijumpai di dalam edaran adalah seperti berikut :

CR 720xxxx
CR 721xxxx
CR 722xxxx
CR 723xxxx
CR 724xxxx

Sekiranya ada di antara anda terjumpa atau memiliki RM1 Prefix CR dengan nombor selain dari senarai atas atau terjumpa prefix CS, CT, CU, CV, CW, tolong selamatkannya dan hubungi saya untuk kongsi maklumat.



Entri dan maklumat berkaitan RM1 AAH.

RM1 AAH (Ali Abul Hassan)

Benarkah RM1 CR AAH adalah wang keluaran BNM?


Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 1 unit Tanda Buta  (1 unit of Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
SATU RINGGIT (ONE RINGGIT) | 1 , RM 1
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Satu Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and One Ringgit in Jawi lattering) | 1 , RM 1
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor Pelancongan. Ianya digambarkan dengan ilustrasi layang-layang Malaysia, pantai, Gunung Kinabalu dan puncak Gunung Api di Taman Negara Mulu.
 (Tourism sector. This is depicted with an illustration of a Malaysian kite, the beach, Mount Kinabalu and the pinnacles of Gunung Api located in Mulu National Park)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 1
Saiz
Size
130mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
2000
MYB
1001
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
O
CR 7200
CR 7209
10k Pertama |  First 10k

CR 7210
CR 7219
10k Ke 2  |  Second 10k
CR 7220
CR 7229
10k Ke 3    |    Third 10k
CR 7230
CR 7239
10k Ke 4   |   Fourth 10k
CR 7240
CR 7249
10k Terakhir  | Last 10k

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 1 unit Tanda Buta  (1 unit of Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
DUA RINGGIT (TWO RINGGIT) | 2 , RM 2
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Dua Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Two Ringgit in Jawi lattering) | 2 , RM 2
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Rangkaian telekomunikasi moden pada puncak Menara Kuala Lumpur dan Satelit MEASAT
(Modern telecommunication network. Kuala Lumpur Tower and MEASAT Satelit)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 2
Saiz
Size
130mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
13 Nov 1999
MYB
1002
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
DJ37
DJ
Pertama | First
Francoin Charles Oberthur
N
DK
DX
Normal
L
DY
DY36
Terakhir | Last

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 1 unit Tanda Buta  (1 unit of Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
LIMA RINGGIT (FIVE RINGGIT) | 5 , RM 5
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Lima Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Five Ringgit in Jawi lattering) | 5 , RM 5
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor Pembinaan. Ianya diwakili oleh bangunan-bangunan mercu tanda, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan lakaran peta mewakili lokasi Putrajaya dan Cyberjaya.
(Construction sector. Represented by landmark buildings, Such as Kuala Lumpur International Airport, Petronas TwinTowers and a map representing the location of Putrajaya and Cyberjaya)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 5
Saiz
Size
135mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
27 Sep 1999
MYB
1005
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AA
AA
Pertama | First
Thomas De La Rue
N
AB
AL
Normal
L
AM
AM
Terakhir | Last
R
ZA
ZA024
Gantian | Replacement

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 3 unit Tanda Buta (3 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
SEPULUH RINGGIT (TEN RINGGIT) | 10 , RM 10
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)



"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Sepuluh Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Ten Ringgit in Jawi lattering) | 10 , RM 10
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Rangkaian Pengankutan moden bagi udara, darat dan laut. Ianya diwakili oleh Kapal terbang MAS, Sistem LRT, Sistem perhubungan jalan raya dua hala dan Kapal kontena MISC.
(modern transportation by air, land and sea. This is represented by Malaysia Airlines' aircraft, Light Rail Transit System's train, two way road system and Malaysia International Shipping Corporation's container vessel)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 10
Saiz
Size
140mm X 65mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
13 Nov 1999
MYB
1010
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
BG
BG
Pertama | First
De La Rue Currency International
N
BH
CW
Normal
L
CX
CX
Terakhir | Last
R
ZA
ZA12
Gantian | Replacement

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 2 unit Tanda Buta (2 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
LIMA PULUH RINGGIT (FIFTY RINGGIT) | 50 , RM 50
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Lima Puluh Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and Fifty Ringgit in Jawi lattering) | 5 , RM 50
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor perlombongan. Ianya diwakili oleh pelantar gerudi minyak berserta dengan injap kawalan kepala telaga. Imej paip minyak dijadikan latar belakang sebagai simbolik yang bermaksud cabang industri minyak yang banyak.
(Mining sector. This is represented by a central oil drilling platform together with wellhead control valves. In the background are images of oil pipes - symbolic of the many branches of the oil industry.)

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 50
Saiz
Size
145mm X 69mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
13 Nov 1999
MYB
1050
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
BJ
BJ
Pertama | First
Giesecke & Devrient
C
BK
EA
Normal
L
EB000
EB499
Terakhir | Last
R
ZA0121
ZA975
Gantian | Replacement

Bahagian Hadapan (Obverse)


Potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pertama,  Tuanku Abdul Rahman
(Portrait of First Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman)
BANK NEGARA MALAYSIA (Central Bank of Malaysia)
Tulisan Mikro bermodulasi (Modulated Micro-Letterings) | 3 unit Tanda Buta (3 units of  Braille Feature)
Imej terpendam blok PEAK (Printed and Embossed Anticopy Key
Holografik LEAD (Longlasting Economical Anticopy Device)
WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI | (This Banknote is a legal tender with Value)
SERATUS RINGGIT (ONE HUNDRED RINGGIT) | 100 , RM 100
Tanda Tangan Gabenor (Governor's Signature) | GABENOR (Governor)

Bahagian Belakang (Reverse)


"BANK NEGARA MALAYSIA" dan "Seratus Ringgit" dalam tulisan Jawi
(Central Bank of Malaysia and One Hindred Ringgit in Jawi lattering) | 100 , RM 100
Prefix & Nombor Siri (Serial Number)
Logo Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia's Logo)
Sektor pembuatan. Ianya diwakili oleh tertib pengeluaran kereta dan enjin kereta Proton.
(Manufacturing sector. This is represented by a car production line and a Proton car engine. )

SPESIFIKASI TEKNIKAL & Prefix FLR
Technical Specification  & FLR Prefixs
RM 100
Saiz
Size
150mm X 69mm
Substrat
Substrate
Gentian Kapas
Cotton Fibre
13 Nov 1999
MYB
101H
PPEFIX
Prefiks | Prefix
Pencetak | Printer
Catitan | Notes
Bermula
Berakhir
F
AL
AL
Pertama | First
De La Rue Currency International
N
AM
AQ
Normal
L
AR
AR
Terakhir | Last
R
ZA028
ZA036
Gantian | Replacement

PENTING
Kesemua 4 denominasi siri ini menggunakan simbol/Identiti RM (Ringgit Malaysia).
Penggunaan Identiti RM (RINGGIT MALAYSIA) hanya wujud pada tahun 1996 (Siri Wawasan).
Kesemua denominasi wang kertas siri ini tidak memiliki nama pencetak seperti siri 7 dan sebelumnya.
Semua data berkait Prefix dan nombor siri adalah sekadar rujukan dan panduan. Ianya adalah bagi tujuan kajian dan pendidikan sahaja. Sekiranya ada sebarang kesilapan atau sesuatu yang terlepas daripada senarai, tolong hubungi kami untuk membetulkannya.

1962-1980
1980-1985
1985-1994
1994-1998
1998-2000
Sejak 2000
1967
1972
1976
1981
1982
1985
1995
1996
1999
1999
2000
2008
Geomatrik
1967-1983
Artefak Budaya
1982-1995
Wawasan 2020
1996-2012
Keunikan MY
2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...