26 Julai 2015

Prefix ZB polymer memiliki nilai numismatik tinggi?

Wang kertas gantian memiliki peminat tersendiri di dalam dunia numismatik. Ramai pengumpul meminati prefix gantian bukan hanya ianya bakal memiliki nilai numismatik tinggi mala dengan harapan ianya bakal menjadi item "rare" bagi prefix-prefix yang dicetak dengan kuantiti terlalu terhad.





Apabila kita sebut terhad, ramai tidak memahami bagaimana kejadian cetakan terhad ini terjadi dan mengapa ianya mampu mewujudkan nilai numismatik tinggi bagi sesuatu prefix. RM1 polimer Zeti Siri 12 yang memiliki prefix ZB sememangnya memiliki nilai numismatik dan ramai bertanya mengapa dan kenapa prefix ZB bagi RM1 polimer dijual dan dibeli dengan harga tinggi. 



Prefix gantian ZA dan ZB dicetak bagi mengantikan wang polimer yang rosak bagi prefix AA hingga DD. 




Prefix ZB hanya dicetak sekitar 140 ribu keping. Setelah prefix DD, prefix DF telah dicetak oleh pencetak berbeza dan keadaan ini telah membekukan jumlah cetakan ZB pada angka 140 ribu keping.
(Pihak BNM mempunyai bidang kuasa untuk menyambung percetakan menggunakan prefix ZB sekiranya perlu.)

Mungkin anda ingin bertanya bagaimana saya tahu angka 140 ribu tersebut? Di dalam dunia numismatik, tiada maklumat 100% tepat selagi ianya tidak disahkan oleh pihak BNM. Maka kebanyakan pengkaji dan pengumpul hanya mampu meneka dan membuat kesimpulan mengikut bukti yang wujud di depan mata seperti wang kertas yang telah dijumpai dan di dalam simpanan para pengumpul serta maklumat tidak rasmi daripada kenalan kakitangan BNM.

Setakat ini belum ada sesiapa mengaku memiliki atau terjumpa nombor siri yang melepasi angka 140 ribu. Kesemua prefix ZB yang dijumpai hanya memiliki nombor siri dengan angkanya kurang 140 ribu.

Keadaan ini yang membuatkan para pengkaji numismatik membuat kesimpulan bahawa prefix ZB telah dicetak dengan terhad iaitu 140 ribu keping. Ramalan ini mewujudkan pemburuan prefix ZB agar tidak ketinggalan untuk memiliki minimum 1 keping demi melengkapkan koleksi.




Tahukah anda bahawa jumlah cetakan bagi RM5 polimer siri 12 ZB juga diramalkan bahawa dicetak sekitar 130 ribu keping? Tetapi ZB RM5 tidak menjadi bintang buruan seperti RM1 ZB mahupun nilainya setinggi ZB RM1. Kenapa jadi begini sedangkan RM5 ZB diramalkan cetakannya kurang dari jumlah cetakan RM1 ZB?

Sudahkah anda memiliki RM5 polimer siri 12 prefix ZB di dalam koleksi anda? Jika belum, ambillah peluang yang ada sementara ianya masih murah dan mampu dimiliki.



Nota : Tulisan ini telah diubah (edit) pada 30 May 2020 berkait jumlah cetakan prefix ZA bagi RM1. Ada rakan numismatis menegur dan menyedarkan saya akan angka terbesar bagi prefix ZA adalah Za29xxxxx.. Saya akur akan kesilapan dan mohon maaf atas kesilapan tersebut pada semua pembaca. Terima kasih kpd tuan BEKOK atas teguran membina tersebut.

50 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat sangat berguna drp saudara..
    Alhamdulillah note ZB00***** RM 1 (UNC) & RM5 (VF) siri 12 sudah berada dalam koleksi sy..

    BalasPadam
  2. Sama2 tuan Muadzim Haji Abdul Aziz.
    Syabas dan tahniah kerana telah memiliki keduanya. Semoga yg VF itu bakal ditemani oleh UNC tak lama lagi.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu

    BalasPadam
  4. As salam tuan..sy ingin bertanya..adakah note rm20 ZB24***** mempunyai nilai yg tinggi?

    BalasPadam
    Balasan

    1. Salam Tuan,
      Untuk masa ini (2016) RM20 ZB24* memang memiliki nilai numismatik bagi kondisi UNC tetapi tidaklah tinggi.

      Padam
    2. Mcm mna pula dgb rm 20 zb11**

      Padam
  5. Assalam tuan...sy ada kemuskilan psl no 10 juta...bukankah 10 juta tu 8 digit dan digit pada no siri duit cuma 7 digit 1 juta...mohon pencerahan tuan..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan..
      Yup benar, setiap set prefix (setelah era prefix 2 abjad) memiliki 10 juta keping wang kertas iaitu bermula dari XX0,000,001 hingga XX10,000,000 di mana hanya no siri yg ke 10juta sahaja akan memiliki 8 digit..

      BNM bakal melelong 2 keping wang kertas dengan nombor siri 10 juta pd 6hb March 2016 di Sasana Kijang.
      Berikut adalah butiran berkait kedua wang kertas tersebut. Harap membantu.
      http://qamnp.com/Product/Detail/625
      http://qamnp.com/Product/Detail/616

      Padam
    2. salam.tuan saya ada duit nilai 100 zb298282##

      Padam
  6. terbaik tuan.. membaca blog tuan mengingatkan saya kepada http://www.uang-kuno.com/ dr irwan.. teruskan tuan.. :-)

    BalasPadam
  7. As salam tuan..terima kasih atas perkongsian ilmu..adakah note rm20 ZB0008*** mempunyai nilai yang tinggi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cik puan Aidy.
      ramai berminat untuk mengetahui akan nilai wang yang mereka miliki. Namun mereka tidak memiliki tempat untuk merujuk. banyak buku2/katalog numismatik di luar sana memiliki harga n nilai terkini. Saya akan cuba menulis berkait isu ini agar ianya mampu dijadikan panduan.

      RM20 ZB0008*** memiliki nilai tinggi sekiranya wang kertasnya memiliki kondisi tertinggi juga.

      Padam
  8. salam,sekadar ingin tahu...berapa prive value untuk note RM 50 ZB0058725???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,
      Nilai numismatik sesuatu wang kertas bergantung kepada beberapa faktor sperti berikut:-

      1) Jumlah keluaran dan jumlah kewujudan di dalam edaran
      2) No siri wang kertas (Low number/special number/Fancy Number)
      3) Kondisi wang kertas
      4) Usia wang kertas
      5) Permintaan dan pemburuan penggumpul

      Oleh yang demikian, saya hanya mampu bagitau nilai RM50 ZB0058725 = RM50 iaitu nilai muka sahaja sebab tuan hanya mampu bekalkan maklumat berkait no sirinya sahaja.

      Harap membantu

      Padam
  9. Minta sorry ganggu ..saya cuma nak tahu
    Sign aliabdulhassan yg terkenal sbgai sign aishah ade nilai ke..hope get reply

    BalasPadam
  10. Salam tuan,
    Semua wang kertas yang dikeluarkan oleh BNM memiliki nilai muka seperti yang tertera pada setiap wang kertas tersebut termasuk wang kertas yang telah ditanda tangani oleh Tan Sri ALi Abul Hassan.
    Harap membantu.

    BalasPadam
  11. salam tuan wang rm 1 za 2xxxx berapa nilai jualan

    BalasPadam
  12. Slam. 
    Sya ade skeping rm 1 polymer gambar agung warne hijau no prefix fj..........
    Ade nilai tak?
    adakah ianya sekadar duit biasa atau error
    mohon pancerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,
      masej saya di fb >> https://www.facebook.com/numiscat

      Padam
  13. saya mempunyai RM 20 ZB 009...adakah mempunyai nilai tuan?

    BalasPadam
  14. Sye ada duit Rm1 zb0140319 sye nk tau brape value duit ni dan kat mane kite bley jual..

    BalasPadam
  15. Saya ada rm1 ZB00xxxxx nak jual berapa harga

    BalasPadam
  16. اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ... Tq tuan... Stakat nie dapat kumpul zb 003 & zb 007 dan zb 0001341 sahaja.. Tu puwn cond vf untuk rm 1....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 tuan.. Saya pun miliki beberapa keping Fine/VF sahaja. Yang penting kita kenal dan memiliki. Sebenarnya inilah bekal untuk membuktikan kita pun seorang pengumpul.

      Padam
  17. اَÙ„ْØ­َÙ…ْدُÙ„ِÙ„ّÙ‡ِ.. Berjaya mengumpul zb 003,007&0001431,.. Terima kasih atas ilmu tuan

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum. Saya memiliki RM20 ZB000xxxx, berapakah nilai sekarang?

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum tuan, saya memiliki RM20 ZB000 UNC berapakah nilainya?

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum tuan, saya memiliki RM20 ZB000 berapakah nilainya?

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum tuan, saya memiliki RM20 ZB000, berapakah nilainya?

    BalasPadam
  22. Maafkan saya.. boleh saya tahu mcmana pihak tuan tahu rm1 ZA dicetak sehingga 10 juta keping? Sedangkan saya mengkaji...nombor paling tinggi Rm1 ZA hnya ZA29xxxxx...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st of all, saya mohon maaf sebab membalas msg tuan setelah 4 tahun.. Tak prasan komen perlu dipantau dan diluluskan.

      Benar tuan, Saya tersilap dengan perhitungan bagi prefix replacement. Saya dah edit tulisan di atas. Terima kasih banyak2 atas teguran tuan. Teguran ke arah pasitif dan membina seperti itu mampu membentuk para numismatis tempatan yg yg lebih berkualiti.

      Padam
  23. Assalamualaikum tuan , sye mempunyai sehelai wang kertas rm1 zb000900 vf , anggaran nilai wang tu berape yee, harap tuan boleh membantu

    BalasPadam
  24. Tuan, sye memiliki polimer rm1 , zbooo9oo vf, berape anggaran nilai bg duit tu, harap tuan boleh membantu

    BalasPadam
  25. Tuan, sye memiliki polimer rm1 , zbooo9oo vf, berape anggaran nilai bg duit tu, harap tuan boleh membantu

    BalasPadam
  26. Tuan, sye memiliki polimer rm1 , zbooo9oo vf, berape anggaran nilai bg duit tu, harap tuan boleh membantu

    BalasPadam
  27. Assalam..saya maklum rm1 polimer ZB001-ZB009 (2 kosong) mempunyai nilai tinggi tetapi apakah rahsia rm1 polimer ZB008 mempunyai nilai market yg jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan 2 kosong yang lain?adakah benar prefix ZB008 lebih rendah cetakannya atau semata angka 8 yang ong? Dan satu lagi persoalan mengapa tiada dijumpai rm1 polimer ZB010,011,012 dalam edaran? Harap tuan dapat merungkai persoalan ini terima kasih.

    BalasPadam
  28. Mcm mana dengan note rm10 ZB?

    BalasPadam
  29. Saya ada duit rm10 ZB7206488 nak jual brapa harga nya?????? Tq

    BalasPadam
  30. ZB7206488 berapa nilai nya tuan

    BalasPadam
  31. Tuan, berapa nilai note rm20 no siri ZD0404686?

    BalasPadam
  32. Blh bg detail skit x replacement rm5
    Zb0065
    Zb000x?
    Zb0000x?
    Zb00000x?
    Zb000000x?
    Detail utk setiap last high number
    Cotoh
    Rm1 zb008& zb014

    BalasPadam
  33. Utk rm1 zb
    Ada ke rm1 zb 010..011...012?
    Biasa tengok cuma 013..014 sj dlm edaran dan koleksi pengumpul
    Tq boss

    BalasPadam
  34. Salam tuan..saya mempunyai duit lama rm1,rm2,rm5,rm10 & rm20..brapa nilai kalu nak jual?

    BalasPadam
  35. Salam tuan.maaf mengganggu.ingin bertanya.sy ada rm20 AC0000344.ade nilai tinggi ke tuan.terima kasih

    BalasPadam
  36. Salam tuan.maaf mengganggu.ingin bertanya.sy ada rm20 AC0000344.ade nilai tinggi ke tuan.terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...