24 November 2015

Majlis Konvokesyen ProCINS 01


Seperti yang kita semua sedia maklum sejak awal tahun ini, Kelab Warisan Numismatik Malaysia dengan kerjasama pihak Universiti Pahang Malaysia telah berjaya mewujudkan Pengajian Numismatik Malaysia (ProCINS). Kejayaan tersebut secara langsung telah mengakademikan bidang numismatik yang sebelum ini hanya tertumpu pada aktiviti pengumpulan, penjualan dan lelongan.

Pengajian ProCINS adalah pertama seumpamanya di Asia mala mungkin di dunia juga sebab belum ada mana-mana universiti awam di dalam dunia yang menawarkan pengajian berkait numismatik. Maka sudah pasti ProCINS akan menjadi kebangaan Universiti Pahang Malaysia. 

Bermula sejak bulan April 2015 sehingga Oktober 2015, pihak Universiti Pahang Malaysia telah berjaya mendidik dan mewujudkan 28 orang graduan di dalam bidang pengajian numismatik Malaysia. Kesemua graduan telah menamatkan pengajian/kuliah selama 6 bulan berserta satu lawatan sambil belajar berkait proses pembuatan/penempaan duit syiling.


Majlis Konvokesyen ProCINS 01 telah berlangsung di Universiti Pahang Malaysia pada 22 November 2015. Berikut adalah beberapa gambar kenangan para graduan ProCINS 01.

Kami di Numiscat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan ProCINS 01 (2015). 










~Ucapan ringkas daripada graduan ProCINS 01~

"Terlebih dahulu kami menyusun sa-puloh jari untuk memohon maaf dan ampun terhadap segala kesilapan kami selama kenalan dan pergaulan kita. Kemaafan dan restu kalian semua cukup bermakna bagi kami untuk meneruskan perjuangan di dalam dunia numismatik".

Jutaan terima kasih buat semua tenaga pengajar ProCINS yang sudi kongsi ilmu demi mematangkan kami menjadi numismatis yang berilmu.

Ribuan terima kasih kepada Kelab Warisan Numismatik Malaysia terutamanya kepada barisan ahli jawatan kuasa yang telah merealisasikan hajat dan mimpi para numismatis tempatan untuk melihat ProCINS menjadi kenyataan.


Terima kasih tak terhingga juga kepada pihak Universiti Pahang Malaysia dan Akedemi Camar yang sudi berkerjasama dengan KWNM demi melihat kami menjadi graduan.

Terima Kasih untuk semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung demi memastikan kejayaan ProCINS 01. Segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan hanya mampu dibalas oleh tuhan.

~Terima Kasih~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...