17 April 2015

Wang kertas di dalam Edaran pada 31hb Disember 2014.

Tahukah anda berapa banyak jumlah wang keluaran pihak Bank Negara Malaysia yang sedang berpusing di dalam edaran untuk memastikan segala urusan jual beli secara tunai berjalan lancar? 

Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada 31hb Disember 2014.


Jumlah Wang di dalam edaran pada 31 Dis 2014
Denominasi
Ringgit Malaysia
RM1
1,905,539,368
RM2
126,522,323
RM5
1,575,099,407
RM10
4,418,346,395
RM20
1,626,411,140
RM50
36,375,318,900
RM100
29,003,096,300
RM500
74,777,500
RM1000
24,526,000
Jumlah RM
75,129,637,333

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. Biarpun begitu, masih terdapat sebanyak RM74.7 juta wang kertas denominasi RM500 dan RM24.5 juta wang kertas RM1000 di dalam edaran yang masih belum dikembalikan pada pihak Bank Negara Malaysia. Sebahagian kecilnya telah dijadikan bahan koleksi numismatik oleh para numismatis.

Senarai di atas adalah jumlah termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967. Ini bermaksud, setiap rakyat mampu memiliki RM2,800 tunai serentak.


Statistik Terkini
Mengikut statistik terkini pihak Bank Negara Malaysia, Jumlah nilai wang kertas di dalam edaran pada 31 Mac 2015 adalah sebanyak RM81,554,542,921.



Klik di sini untuk membaca berkait Duit syiling di dalam edaran.


12 April 2015

Kumpulan Pertama - Profesional Certificate In Numismatic Study (Pro CINS)

Terlebih dahulu saya ingin memohon kebenaran daripada semua tuan punya gambar-gambar di sini untuk digunakan di dalam posting ini.
Kumpulan Pertama - SIJIL PROFESIONAL PENGAJIAN NUMISMATIK MALAYSIA

Usaha gigih dan kerja keras oleh numismatis tempatan (MNS dan KWNM berserta kerjasama pihak UMP dan UiTM), akhirnya telah merealisasikan impian untuk membawa hobi numismatik ke dunia akademi. Pengajian berkaitan numismatik telah bermula secara rasmi di UiTM pada 11hb April 2015 dengan kumpulan pelajar pertama 2015.


Kumpulan pertama 2015 ini bukan hanya dipenuhi oleh orang-orang lama mala ianya juga diikuti oleh nama-nama besar di dalam arena numismatik tempatan seperti Dato' Sharuddin, dan Tuan Dickson Niew. Saya juga difahamkan bahawa ada wakil dari Jabatan Numismatik, Muzium Matawang, Bank Negara Malaysia yang memantau perjalanan pengajian semalam.

Mohamad Afin Danish, 14 tahun
Kumpulan pertama ini juga memiliki seorang peserta muda, adik Mohamad Afin Danish yang berusia 14 tahun yang menjadi perhatian dan bakal memiliki Sijil Profesional bersama-sama dengan pelajar lain. Semoga adik Danish bakal menjadi numismatis terkenal dan terus mempertahankan warisan kebangaan negara.

Peringkat Sijil memiliki enam modul untuk diikuti oleh semua pelajar.


Modul Pertama




Program pengajian numismatik ini memiliki empat peringkat dan bermula dengan Sijil Profesional sebagai peringkat pertama. berikut adalah senarai peringkat yang boleh diikuti oleh para pelajar:
  1. Sijil  Profesional Pengajian Numismatik Malaysia
  2. Diploma Profesional Pengurusan Perniagaan (Numismatik)
  3. Sarjana Muda Eksekutif/Profesional Pengurusan Perniagaan (Numismatik)
  4. Sarjana Eksekutif/Profesional Pengurusan Perniagaan (Numismatik)
Semua palajar diwajibkan untuk mengikuti dan melepaskan diri peringkat awal (Sijil) untuk melayakan diri ke peringkat seterusnya (Diploma dan Sarjana).

Salah satu modul yang menjadi harapan para peserta adalah lawatan ke Kilang Wang Shah Alam untuk memahami cara dan proses penempaan duit syiling secara dekat. Namun impian dan harapan tersebut hanya akan menjadi realiti sekiranya pihak Bank Negara Malaysia memberi "lampu hijau". 

Semoga pihak Bank Negara Malaysia akan memberi kerjasama dan tindak balas positif dengan memberi kelulusan/keizinan untuk melengkapkan lawatan ke Kilang Wang, Shah Alam.  

Saya juga difahamkan bahawa pelajar baru yang ingin menyertai kumpulan pertama MASIH BERPELUANG untuk menyertainya biarpun telah terlepas "modul 1". Biarpun begitu, pelajar baru wajib habiskan "modul 1" dengan menghadirinya ketika ianya dijalankan untuk kumpulan kedua. Maka ini bermaksud setiap pelajar HARUS dan WAJIB menghabiskan 30 Jam belajar dan tiada kompromi!

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti program Pro CINS, Sila hubungi urusetia:


Dato' Shahruddin (kelab WNM) 019-918 5858
Tn. Hj. Azmi (Kelab WNM)          013-922 7750
Azizan (Universiti Malaysia Pahang)   014-501 5455
Syafiq  (Akademi Camar)            013-601 1484
Nadiah (Akademi Camar)            017-724 2664
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...