16 Jun 2015

Replika wang kertas Malaya dan Malaysia di ebay

Saya terkaku melihat wang kertas yang dijual dengan status replika di laman ebay. Saya terkaku kerana hairan bagaimana pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap si penjual sebab wang kertas yang dijualnya adalah masih sah diperlakukan (legal Tender). Wang kertas yang dikatakan sebagai "replika" itu sebenarnya adalah di dalam kategori "wang palsu"!

Berikut adalah beberapa gambar wang kertas yang telah diiklankan untuk dijual dengan harga RM50-RM100 setiap set (seperti di dalam gambar). Harap tiada yang tertipu atau terpedaya dengan membayar harga tinggi untuk jenis replika yang dimaksudkan tanpa menyedari status sebenarnya.



RM1 AAH side uncut 3 in 1 dengan nombor siri CR7200000.

 

-----------------------------------------------





---------------------------------------------------










Nampaknya tidak lama lagi kita akan memerlukan buku/ katalog khas yang memiliki senarai lengkap wang kertas replika di dalam pasaran. Ianya bakal menjadi rujukan penting untuk membuat perbandingan antara wang replika dan asli ketika berjual-beli.

Kisah disebalik bangunan Istana Negara lama

Imej bangunan Istana Negara pada RM5 era TS Jaffar.
Istana Negara Lama Dibuka Kepada Orang Awam Buat Pertama Kali
Diterbitkan: Jumaat 1 Feb, 2013

Lama itu emas: Dr Mubarak Chan, merupakan anak lelaki paling bongsu bagi mendiang Chan Wing.
BAGI kebanyakan orang, memasuki Istana Negara lama yang dibuka kepada orang awam buat pertama kali pada 1 Februari 2013, akan memberikan satu pengalaman yang mengujakan.
Bagaimanapun, bagi segelintir mereka, ia akan menjadi sebagai satu ziarah seorang sahabat lama.
Bagi Dr Mubarak Chan Chin Cheung, 79, yang mana kehidupannya yang tidak gembar-gemburkan, bermula dengan rumah agam yang sangat cantik yang terletak di atas cerun bukit.
“Saya dilahirkan di sini pada 1934, yang paling muda di antara 22 adik-beradik. Rumah agam ini merupakan kediaman keluarga terutama ia dibina oleh ayah saya yang mahukan seluruh ahli keluarga tinggal di tempat yang sama,” katanya.
Rumah agam itu dibina oleh arkitek Swan dan McLaren, yang memiliki firma seni bina yang tertua di Singapura setakat ini dan turut bertanggungjawab terhadap pembinaan di Rumah Bok Jalan Ampang dan Hotel Raffles di Singapura.
Ia mempunyai beberapa bilik tidur, dua perpustakaan, dua bilik permainan kad, dua bilik muzik, sebuah bilik ‘altar’, sebuah bilik tukang gunting rambut, dua dapur dan sebuah dewan makan yang besar yang boleh memuatkan 10 meja.

Kenangan lama: Kediaman keluarga Chan mempunyai sebuah kolam teratai yang besar di taman kawasan itu.
“Kami juga mempunyai sebuah kolam teratai yang sangat besar di taman dan berdekatan dengannya terdapat rumah sekolah.
“Ia turut juga mempunyai sebuah dusun dengan beberapa pokok buah-buahan,” kata Chan sambil menambah bahawa beliau dapat melihat Batu Caves dari tingkap bilik tidurnya.
Hartanah di atas tanah berkeluasan 5.26 hektar itu bertentangan dengan Sungai Klang dan Chan diingatkan acara-acara yang meriah sering diadakan di rumah agam itu.
“Bapa saya biasanya menghiburkan para tetamu dalam satu majlis besar-besaran dengan tarian singa semasa Hari Tahun Baru China. Perabot-perabot istimewa disusunkan dan rumah akan dihias begitu indah,” katanya, sambil menambah bahawa mereka sering menjemput kumpulan kontinjen Polis Selangor untuk bermain muzik.
Beliau turut mengenangkan seekor patung harimau yang diawet, dengan panjangnya kira-kira dua meter berada di kedudukan utama di bawah salah satu tangga, yang diletakkan di dalam sebuah kotak kaca.
Haiwan itu telah ditembak di salah sebuah ladang getah di Johor, yang dimiliki oleh bapa beliau, Chan Wing.
Keturunan Chan berasal dari wilayah Guandong di China semasa zaman remajanya bagi mencari peluang yang lebih baik pada 1889.

Berdiri megah: Gambar Istana Negara lama pada 1945, yang menunjukkan bangunan rumah agam dengan balkoni di tingkat dua dan kubah kecil di atas bumbung.
Beliau bertuah apabila Syarikat Hong Fatt Mining yang diasaskan olehnya bersama beberapa yang lain menjadi lombong timah secara terbuka yang terbesar dan terdalam di dunia.
Ia kini menjadi tapak bagi The Mines Resort City.
Ini mendorong kepada beberapa lagi kejayaan usaha beliau termasuk mengasaskan Bank Kwong Yok Kuala Lumpur secara usaha sama.
Chan menjejaki tanah istana pada 1977 bagi menerima pingat Johan Mangku Negara, saat terakhir beliau memanggilnya sebagai kediaman pada 1941, sejurus sebelum keluarganya terpaksa melepaskannya apabila peperangan tercetus di Tanah Melayu.
Keluarganya menyelamatkan diri dengan pelbagai cara, dan akhirnya menyebabkan masing-masing terpisah di seluruh dunia, di mana bapanya dan seorang abang di Perth Australia dan beberapa ahli keluarga yang lain di India.
Semasa ketiadaan mereka, rumah agam itu dirampas dan banyak barang telah hilang.
Akhirnya, ia menjadi kediaman rasmi bagi Gabenor Jepun di Tanah Melayu dari 1942 sehingga 1945 dan, selepas perang berakhir, Pentadbiran Ketenteraan British menggunakannya dari 1946 sehingga 1951 sebagai kuarters bagi para pegawainya bagi pangkat Brigadier ke atas.

Individu di sebalik rumah agam: Mendiang Chan Wing tiba di Tanah Melayu pada zaman remajanya dan mencipta kejayaan dalam bidang perlombongan timah dan perbankan.
“Kemudian dari 1952 sehingga 1956, rumah agam itu disewakan oleh kerajaan negeri Selangor sebanyak 5,000 Straits Dollars dan selepas itu, pada 1957, kediaman kami dijual kepada kerajaan persekutuan dengan 1.4 juta untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong,” kata Chan.
Salah satu perubahan besar terhadap hartanah itu sejak keluarganya menetap di situ adalah kedudukan pintu masuk utama.
“Pintu masuk sekarang dibuat semasa pendudukan Jepun. Apabila ayah saya membina rumah ini, pintu masuk adalah di mana pintu belakang sekarang. Ia dilihat sebagai ‘feng shui’ yang lebih baik,” katanya.
Sebagai sebuah istana, bangunan itu melalui beberapa pengubahsuaian, termasuk satu perubahan pada 1980 untuk membina Balairong Seri Utama yang digunakan buat pertama kami semasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh.
Chan begitu kesal apabila orang ramai seolah-olah melupakan pembina bagi istana lama itu, dan tiada satu pun jalan yang mengambil bersempena dengan nama pembinanya.
“Malah beliau (pembina) merupakan ahli lembaga pengarah bagi Sekolah Cina Confucian bersama dengan beberapa individu seperti Chan Sow Lin dan Loke Chow Kit,” katanya, sambil menambah bahawa pendidikan adalah amat penting untuk Chan Wing dan 15 ahli keluarganya yang belajar di Universiti Cambridge antara 1920 dan sekarang, termasuk dirinya sendiri.
100% copy paste dari sumber asal tanpa sebarang pengubah-suaian..

10 Jun 2015

Syiling Plastik (Komposit) Transdniester

Bank Pusat Transnistria (Trans-Dniester Republican Bank) telah mengeluarkan duit syiling plastik (komposit) Siri AA bagi tujuan edaran pada 22 Ogos 2014. Siri tersebut terdiri daripada 4 denominasi dan berikut adalah senarai dan maklumat berkait duit syiling plastik tersebut :


  • 1 Rubles
 
Warna       : Kuning-coklat
Bentuk      : Bulat dengan diameter 26mm
Ketebalan : 1.2mm
Berat        : 0.03 gram
Sisi           :Kosong

Hadapan
Tengah : Potret 
A.V Suvorov
Bawah: "ПРИДНЕСТРОВСКИЙ РЕСПУБЛИКАНСКИЙ БАНК" (Bank Republik Transnistrian)
Nilai Muka : "1 РУБЛЬ" (1 RUBLES)
Tuisan Menegak : "СЕРИЯ АА" (Siri AA). 
      
Belakang: 
Grid berbentuk wijik logo tulisan "ПРБ" (PRB),
Nilai muka: "ОДИН РУБЛЬ" (ONE  RUBLES)
Tahun keluaran : 2014



  • 3 Rubles
 
Warna       : Hijau
Bentuk      : Segi empat dengan sisi 26mm
Ketebalan : 1.2mm
Berat        : 0.03 gram
Sisi           :Kosong

Hadapan
Tengah : Potret 
F P De Volan
Bawah: "ПРИДНЕСТРОВСКИЙ РЕСПУБЛИКАНСКИЙ БАНК" (Bank Republik Transnistrian)
Nilai Muka : "3 РУБЛЬ" (3 RUBLES)
Tuisan Menegak : "СЕРИЯ АА" (Siri AA). 
      
Belakang: 
Grid berbentuk wijik logo tulisan "ПРБ" (PRB),
Nilai muka: "
ТРИ РУБЛЯ" (THREE  RUBLES)
Tahun keluaran : 2014



  • Rubles
 
Warna       : Biru
Bentuk      : pentagon dengn 28 mm tinggi.
Ketebalan : 1.14mm
Berat        : 0.03 gram
Sisi           :Kosong

Hadapan
Tengah : Potret 
P.A. Rumyantsev-Zadunaisky
Bawah: "ПРИДНЕСТРОВСКИЙ РЕСПУБЛИКАНСКИЙ БАНК" (Bank Republik Transnistrian)
Nilai Muka : "5 РУБЛЬ" (5 RUBLES)
Tuisan Menegak : "СЕРИЯ АА" (Siri AA). 
      
Belakang: 
Grid berbentuk wijik logo tulisan "ПРБ" (PRB),
Nilai muka: "
ПЯТЬ РУБЛЕЙ" (FIVE  RUBLES)
Tahun keluaran : 2014


  • 10 Rubles
 
Warna       : Merah dan Jingga
Bentuk      : Hexagon  (Menegak 28mm)
Ketebalan : 1.14mm
Berat        : 0.03 gram
Sisi           :Kosong

Hadapan
Tengah : Potret 
Ekaterinа II
Bawah: "ПРИДНЕСТРОВСКИЙ РЕСПУБЛИКАНСКИЙ БАНК" (Bank Republik Transnistrian)
Nilai Muka : "10 РУБЛЬ" (10 RUBLES)
Tuisan Menegak : "СЕРИЯ АА" (Siri AA). 
      
Belakang: 
Grid berbentuk wijik logo tulisan "ПРБ" (PRB),
Nilai muka: "
ДЕСЯТЬ РУБЛЕЙ" (TEN  RUBLES)
Tahun keluaran : 2014


Bahan komposit
Bahan komposit adalah bahan yang diperbuat daripada dua atau lebih bahan asas dengan ciri-ciri fizikal atau kimia berbeza. Apabila bahan-bahan ini digabungkan, ianya akan menghasilkan bahan baru yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada komponen-komponen asalnya.

Duit syiling plastik ini juga boleh digred dan contoh di atas adalah syiling plastik yang telah digred oleh penilai profesional NGC.



*100 RUBLES = RM6.75 ketika artikal ini ditulis (10 Jun 2015). 

05 Jun 2015

Keydate/ Semi Keydate bagi Syiling Siri Ketiga (S3M)

Istilah Keydate dan Semi Keydate lazimnya digunakan untuk memaksudkan tahun tempaan paling sedikit bagi sesuatu denominasi duit syiling sepanjang tempoh sirinya dikeluarkan. Di mana keydate dan semi keydate menjadi buruan para pengumpul sebab ianya pasti sukar untuk dijumpai lebih-lebih lagi dengan kondisi gred tertinggi setelah suatu jangka masa. 

Bagaimana jika kita mampu meneka atau meramal seterusnya mula simpan dan kumpul ketika ianya masih senang untuk diperolehi? Sebagai contoh keydate syiling siri ketiga yang sedang memenuhi pasaran kini. 

Senarai Keydate dan Semi Keydate bagi syiling siri pertama dan kedua.


Tahun
1968
1969
1970
1971
1977
1979
1985
1986
1988
 1SEN
10.50
-
25.35
47.86
21.75
15.71
52.40
48.92
56.75
5SEN
74.54
-
-
16.66
10.61
38.82
15.55
-
26.79
10SEN
128.3
-
-
32.2K
52.72
50.63
-
-
17.85
20SEN
40.44
15.00
1.054
9.958
66.14
17.35
-
-
67.22
50SEN
12.00
2.000
-
8.404
17.72
5.361
7.115
8.193
26.79
Keydate
Semi Keydate
Tahun
1982
1986
1989
1991
1994
1995
1997
2003
2004
 1SEN
37.30
48.92
28.43
100.3
185.1
208.6
172.2
235.4
227.7
5SEN
118.6
-
20.48
46.09
83.03
53.07
7.704
75.69
11.52
10SEN
145.6
-
32.39
133.3
7.122
82.22
78.96
8.640
170.6
20SEN
97.90
-
28.95
82.77
2.680
-
78.48
-
96.84
50SEN
20.58
8.193
6.639
20.72
6.566
1.650
16.14
32.58
37.89
$1
0.202
0.252
20.41
169.0
36.90
132.2
-
-
-

Apakah  Keydate dan Semi Keydate bagi syiling siri ketiga setelah ianya berada di dalam edaran sejak 2012 dan memiliki syiling tahun 2011? Apakah anda ingin mempertikaikan tentang jumlah tempaan dan maklumat berkaitnya? 

Saya sendiri tidak memiliki data mahupun maklumat tepat berkait jumlah tempaan namun saya mampu menghitung dan meramal bahawa kesemua denominasi ditempa tidak kurang dari 50 juta keping setiap tahun sejak 2012.

Saya percaya trand/jumlah pengeluaran ini akan terus bertambah sehingga syiling siri ke-3 menguasai edaran/ pasaran seterusnya bakal melenyapkan kewududan syiling siri 1 dan 2.

Sekiranya kita menyusun secara teratur angka paling sedikit hingga ke angka paling besar, kita akan nampak realiti dan fakta untuk kesemua keydate dan semi keydate.

Berikut adalah senarai tahun Keydate dan Semi Keydate mengikut kedudukan paling sedikit.


Rank
Tahun
Denominasi
Jumlah Tempaan
1
1971
10 Sen
32,236
2
1982
$1
201,550
3
1986
$1
252,473
4
2011
5/10/20/50
500,000
5
1970
20 Sen
1,054,000
6
1995
50 Sen
1,650,423
7
1969
50 Sen
2,000,000
8
1970
1   Sen
2,535,000
9
1994
20 Sen
2,680,339
10
1979
50 Sen
5,361,146
11
1994
50 Sen
6,565,914
12
1978
20 Sen
6,847,062
13
1994
10 Sen
7,122,222
14
1997
5   Sen
7,703,850
15
2003
10 Sen
8,640,000
16
1968
1   Sen
10,500,000
17
1977
5   Sen
10,609,162
18
2004
5   Sen
11,520,000
19
1985
5   Sen
15,553,101
20
1988
10 Sen
17,852,262
21
1989
$1
20,409,995
22
1989
1   Sen
28,429,082
23
1989
20 Sen
28,945,225
24
1994
1 Ringgit
36,899,026
25
1991
1   Sen
100,314,734

Jika diperhatikan dan diteliti dengan betul, kita akan nampak kedudukan di tangga ke 4 adalah syiling siri ketiga tahun 2011 dengan jumlah tempaan 500,000. Tanga ke 5 adalah milik 20sen 1970 dengan jumlah tempaan melebihi 1 juta keping. Andaikata biarpun set 2011 telah ditempa sebanyak 1 juta keping, kedudukannya masih kekal di tanga ke 4. Ini bermaksud syiling siri ke-3 (Keunikan Malaysia) memiliki potensi tinggi untuk memiliki nilai numismatik yang menguntungkan pada pengumpul di hari muka.


Biarpun angka dan jumlah tempaan memihak kepada syiling siri ketiga tahun 2011, tanpa permintaan dan pemburuan para pengumpul, ianya tidak akan memiliki nilai numismatik yang tinggi.

Nilai sesuatu mata wang di dalam edaran sebenarnya bukan dipengaruhi sepenuhnya oleh jumlah tempaan keluaran, akan tetapi oleh jumlah yang masih wujud dan bertahan di dalam edaran. 


Sesungguhnya nilai numismatik sesuatu mata wang ditentukan oleh permintaan dan buruan pengumpul itu sendiri dan seterusnya adalah jumlah tempaan. Tanpa permintaan tidak akan ke mana pun sesuatu item numismatik biarpun ianya hanya wujud beberapa keping sahaja di dalam dunia.




Kepada anda yang belum memiliki set syiling siri ketiga tahun 2011 , jangan lepaskan peluang untuk memilikinya sebab ianya masih murah dan senang dimiliki ketika ini (Jun 2015).  


*Nota : Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga (2011) hanya wujud di dalam bentuk "coin card" kerana ianya tidak dikeluarkan bagi tujuan edaran. Set syiling ini memiliki empat denominasi iaitu 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Ada juga yang mengakui terjumpa tahun 2011 di dalam edaran. Syiling-syiling siri ketiga yang dijumpai di dalam edaran itu sebenarnya telah dikeluarkan dari coin card

Anda boleh membaca berkait Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...