24 November 2015

Majlis Konvokesyen ProCINS 01


Seperti yang kita semua sedia maklum sejak awal tahun ini, Kelab Warisan Numismatik Malaysia dengan kerjasama pihak Universiti Pahang Malaysia telah berjaya mewujudkan Pengajian Numismatik Malaysia (ProCINS). Kejayaan tersebut secara langsung telah mengakademikan bidang numismatik yang sebelum ini hanya tertumpu pada aktiviti pengumpulan, penjualan dan lelongan.

Pengajian ProCINS adalah pertama seumpamanya di Asia mala mungkin di dunia juga sebab belum ada mana-mana universiti awam di dalam dunia yang menawarkan pengajian berkait numismatik. Maka sudah pasti ProCINS akan menjadi kebangaan Universiti Pahang Malaysia. 

Bermula sejak bulan April 2015 sehingga Oktober 2015, pihak Universiti Pahang Malaysia telah berjaya mendidik dan mewujudkan 28 orang graduan di dalam bidang pengajian numismatik Malaysia. Kesemua graduan telah menamatkan pengajian/kuliah selama 6 bulan berserta satu lawatan sambil belajar berkait proses pembuatan/penempaan duit syiling.


Majlis Konvokesyen ProCINS 01 telah berlangsung di Universiti Pahang Malaysia pada 22 November 2015. Berikut adalah beberapa gambar kenangan para graduan ProCINS 01.

Kami di Numiscat ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua graduan ProCINS 01 (2015). 










~Ucapan ringkas daripada graduan ProCINS 01~

"Terlebih dahulu kami menyusun sa-puloh jari untuk memohon maaf dan ampun terhadap segala kesilapan kami selama kenalan dan pergaulan kita. Kemaafan dan restu kalian semua cukup bermakna bagi kami untuk meneruskan perjuangan di dalam dunia numismatik".

Jutaan terima kasih buat semua tenaga pengajar ProCINS yang sudi kongsi ilmu demi mematangkan kami menjadi numismatis yang berilmu.

Ribuan terima kasih kepada Kelab Warisan Numismatik Malaysia terutamanya kepada barisan ahli jawatan kuasa yang telah merealisasikan hajat dan mimpi para numismatis tempatan untuk melihat ProCINS menjadi kenyataan.


Terima kasih tak terhingga juga kepada pihak Universiti Pahang Malaysia dan Akedemi Camar yang sudi berkerjasama dengan KWNM demi melihat kami menjadi graduan.

Terima Kasih untuk semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung demi memastikan kejayaan ProCINS 01. Segala jasa baik tuan-tuan dan puan-puan hanya mampu dibalas oleh tuhan.

~Terima Kasih~


22 November 2015

Malam Anugerah Numismatik Malaysia 2015


Pada 21 November 2015, Kelab Warisan Numismatik Malaysia telah mengadakan "Malam Anugerah Numismatik Malaysia 2015" untuk mengiktiraf bakat-bakat dan tokoh-tokoh numismatik tempatan agar usaha dan sumbangan mereka kepada dunia numismatik tempatan dapat dihargai dan seterusnya dikenali oleh ahli numismatik tempatan lain. 

Malam penuh meriah dan bahagia tersebut telah menyenaraikan 12 katogeri numismatik untuk dimenangi oleh para numismatis tempatan yang terus memberikan sumbangan mereka sepanjang tahun 2015.

Penerima Anugerah Numismatik Malaysia 2015 bersama Tuan Presiden KWNM,
Dato Sharuddin Yusop dan timbalannya Tuan Haji Azmi Abd Malik
. 

 Berikut adalah senarai anugerah berserta dengan nama pemenangnya.

1- Tokoh Numismatik Tahun 2015


2- Tokoh Numismatik Kesultanan Melayu 2015
**Tuan Ahmad Nasyruddin bin Ismail


3- Anugerah Khas Kepimpinan Numismatik 2015
**Tuan Hamdan bin Abd Ghani

4- Anugerah Khas Penulis Blog Numismatik 2015
**Sifu Dickson Niew Cheng Kok
dniewcollectors.blogspot.my



5- Anugerah Khas Penulis Buku Numismatik 2015
**Dr. Ibrahim Bin Bakar


6- Anugerah Khas Numismatik Wanita 2015
**Puan Nur Aziyah binti Abd Aziz


7- Anugerah Khas Numismatik Termuda 2015
**Adik Mohamad Afiq Danish bin Mohd Azlan

8- Anugerah Khas Koleksi Kupon 2015
Tuan Ahmad Fairus bin Adnan 


9- Anugerah Khas Koleksi  Buku Rujukan Numismatik 2015
**Tuan Pannirselvam A/L Ramasamy


10- Anugerah Khas Koleksi Shiling Mistik 2015
Tuan Nik Ramezi Bin Muhamad
 Tuan Nik Ramezi sedang menerangkan sesuatu kepada Tuan Ismail Ibrahim serta isterinya Puan Rohana binti Adam dan ditemani oleh cik Ida.


11- Anugerah Khas Kelab Facebook Numismatik 2015
Tayang Duit
Senarai Admin Kelab: En. Hersaiful Herman B Baharuddin Pn. Fasha Murshid Bt Abd Hamid. En Mohamad Imran Bin Ismail En Ahmad Rasky Bin Asorudin En Zairul Fazwan Bin Md Zainoldin En. Abd Halim Bin Mohd Zaman.

12- Anugerah Khas  Rakan Niaga Numismatik 2015
**Tuan Rosli bin Neh

**Graduan ProCINS 01

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua pemenang/penerima anugerah pada Malam Anugerah Numismatik Malaysia 2015.

17 November 2015

Pameran dan Jualan Numismatik anjuran KWNM

KELAB WARISAN NUMISMATIK


Kelab Warisan Numismatik Malaysia (KWNM) akan mengadakan pameran dan jualan numismatik pada hujung minggu ini. Semua ahli KWNM dan numismatis tempatan dijemput hadir. 
Hotel Shahzan Inn Kuantan
Tarikh  : 21hb dan 22hb November 2015 (2 hari) 
Masa   : 9 pagi hingga 5 petang
Lokasi : Hotel Shahzan Inn Kuantan, Pahang.
Yuran  : Tiada (Masuk adalah percuma)

Kepada numismatis yang ingin menyewa meja jualan (1 meja = RM100 bagi 2 hari)
Sila hubungi admin berikut di facebook:
Mentari Senja
Silmon Loo
Syukaihar Sa'adi - 
0107064000



"WANG KITA WARISAN KITA"

10 November 2015

Happy Deepavali

Selamat menyambut Deepavali kepada semua pembaca beragama Hindu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...