14 Mei 2016

Jarak masa pengeluaran antara syiling peringatan 2016 singkat?


Senarai syiling peringatan tahun 2016
Senarai syiling peringatan tahun 2016

Duit syiling peringatan 50 Tahun  Yayasan Sabah telah dilancarkan dan dijual kepada umum pada 16 Mei 2016.  Biarpun syiling ini adalah syiling peringatan yang ketiga bagi tahun 2016 namun perjalanan sejarah  syiling peringatan Malaysia pernah melalui musim kemarau tanpa sebarang pengeluaran  bagi  tahun-tahun berikut :

1968 | 1970
1973 | 1974 | 1975
1978 | 1983 | 1988 | 1991
1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 | 1998

Pengumpul duit syiling peringatan pernah menunggu dan terus menanti selama 3 tahun (1973 hingga 1975) serta 6 tahun (1993 hingga 1998) berturut-turut  untuk melihat syiling peringatan baru keluaran BNM untuk menghiasi koleksi mereka.

Penantian dan kemarau seperti itu tidak lagi terjadi sejak Dr.Zeti menduduki kerusi gabenor pada tahun 2000. Ketika di era Dr.Zeti, BNM mengeluarkan sekurang-kurangnya 1 keping syiling peringatan bagi setiap tahun.

Catatan minimum 1 keping hingga 4 keping syiling peringatan bagi setiap tahun selama 16 tahun membuktikan pengurusan Dr.Zeti sentiasa peka kepada pembangunan dan kemajuan numismatik Malaysia.

Sepanjang 16 tahun tersebut, para pengumpul pernah berdepan dengan kesukaran lebih hebat berbanding tahun 2016 dengan pengeluaran selang sebulan.

Ya benar, ini bukan kali pertama pihak BNM mengeluarkan duit syiling peringatan dengan kadar singkat diantara dua pengeluaran.

Berikut adalah senarai tahun yang memiliki pengeluaran syiling peringatan oleh BNM dengan kadar cepat dan singkat (kurang 2 bulan).

Tarikh
Syiling Peringatan
30 Sep 2003
03 Okt 2003

31 Mei 2008
24 Jun 2008

08 Feb 2009
13 Apr 2009
27 Apr 2009

01 Okt 2010
15 Okt 2010

02 Sep 2013
17 Sep 2013

29 Feb 2016
06 Mar 2016
25 Apr 2016
16 Mei 2016


Kami berharap senarai di atas mampu menenangkan jiwa dan kuatkan semangat pendatang baru mahupun pengumpul lama untuk terus cekal di dalam mengharungi cabaran dan ujian sebagai pengumpul duit syiling peringatan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...