28 Mei 2016

MYCC 2016d: 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Home 

MYCC
2016d
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
28 Mei
2016
100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia
100th Anniversary of Persatuan Pandu Puteri Malaysia


RAJA Permaisuri Agong , Tuanku Hajah Haminah berkenan melancarkan duit syiling kenangan 100 tahun Persatuan Pandu Puteri sambil diperhatikan isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor ( tiga dari kiri ) dan Raja Puan Besar Perak , Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah ( dua dari kanan ) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), di sini hari ini. (Pic)
Coin set of two 100 tahun PPPM 2016

Bank Negara Malaysia mengeluarkan 2 jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Ke-100. PPPM adalah komited untuk melahirkan golongan wanita yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai Pandu Puteri selari dengan visi PPPM untuk "menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan." Syiling tersebut telah dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di Pusat Konvensyen Antarabangsa (LICC) Langkawi pada 28 Jun 2016.
Perak Pruf RM10 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Bahagian Hadapan
  • Imej simpul buku sila (reef knot) yang melambangkan persahabatan yang berkekalan dalam kalangan ahli Pandu Puteri di dalam dan luar negara,
  • Logo perayaan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun PPPM Ke-100.
  • Imej tali yang mengelilingi bahagian tengah duit syiling ini melambangkan kekukuhan dan hubungan yang erat dalam organisasi ini.
  • Perkataan PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
  • Tahun '1916-2016'
Nordic Gold Pruf RM1 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Bahagian Belakang
  • Logo rasmi PPPM
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling
Coin Card 100 tahun PPPM 2016

Berita atas talian
Bernama

Utusan
Sinar Harian


Sebelum ini, Bank Negara Malaysia pernah mengeluarkan syiling peringatan bersempena dengan 100 tahun Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia pada tahun 2013. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat berkait syiling tersebut.

SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
2016d
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AgP
Perak Pruf
Perak
Silver
(99.9)
RM10
500
@RM200
31.10
Diameter
40.70
Tebal
3.05
NBU
Normal BU
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
10,000
@RM10
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
AgP + Nordic Proof
Set of 2
2,000
@RM250


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Shah Alam
Mulai dijual kepada umum pada 6 Jun 2016

Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.












Home 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...