20 Disember 2016

MYCC 2016e: 50 Tahun FELCRA

Home 

MYCC
2016e
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
20 Dis
2016
50 Tahun FELCRA
50th Anniversary of FELCRA

Syiling peringatan 50 Tahun FELCRA

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang ke-50. FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penyertaan yang lebih besar dalam ekonomi negara. Berlandaskan keupayaan dalam bidang pengurusan ladang dan pemulihan tanah, FELCRA telah mempelbagaikan bidang kegiatannya dengan menyertai sektor perindustrian, perkhidmatan dan bidang perniagaan lain. Duit syiling peringatan ini dilancarkan hari ini oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


Bahagian Hadapan

  • Imej pokok kelapa sawit dan getah dan landskap hijau yang melambangkan perniagaan perladangan teras FELCRA, berserta jalan raya yang menuju ke bangunan pencakar langit Kuala Lumpur sebagai latar belakang. 
  • Perkataan SAMBUTAN JUBLI EMAS FELCRA
  • Tahun 1966-2016

Bahagian Belakang

  • logo rasmi sambutan jubli emas FELCRA
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling


SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
2016e
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AgP
Perak Pruf
Perak
Silver
(99.9)
RM10
700
@RM200
31.10
Diameter
40.70
Tebal
3.05
NBU
Normal BU
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
13,000
@RM10
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
AgP + Nordic Proof
Set of 2
2,000
@RM250


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Shah Alam
Mulai dijual kepada umum pada 21 Disember 2016

Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...