21 Disember 2016

Syiling Peringatan Keluaran Ke-5 2016 (FELCRA)



Tahun 2016 merupakan tahun mencabar bagi kebanyakan pengumpul duit syiling peringatan terutamanya pengumpul duit syiling perak berwarna. Ini kerana pihak BNM telah mengeluarkan 5 keping syiling peringatan pada tahun ini.

Berikut adalah senarai syiling peringatan yang telah dikeluarkan sepanjang tahun ini :-
  1. Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2016
  2. 70 tahun Radio Televisyen Malaysia
  3. 50 Tahun Yayasan Sabah
  4. 100 Tahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  5. 50 Tahun FELCRA


4 syiling pertama menjadi rebutan sehingga para pengumpul terpaksa mula beratur seawal 7pm iaitu sehari sebelum tarikh penjualan dan saya pernah terkejut dengan 90 orang telah mula beratur seawal 8 malam bagi salah satu syiling bagi tahun ini.

Senario bagi syiling FELCRA pula cukup berbeza berbanding syiling-syiling sebelumnya. Malam tadi ketika jam 11 malam, saya difahamkan oleh kawan saya bahawa hanya 20 orang sahaja yang berkumpul di Sasana Kijang. 

Pihak BNM hanya mengeluarkan kenyataan berkaitan pelancaran dan penjualan syiling FELCRA pada 20 Disember 2016.

Keadaan ekonomi negara dan kewangan terbatas para pengumpul juga memainkan peranan atas kurang sambutan untuk syiling ke 5 tahun 2016.

Saya tidak sempat beratur malam tadi sepertimana biasa telah saya lakukan untuk syiling-syiling lain sepanjang tahun ini. Sebaliknya saya mencuba nasib ke Sasana Kijang sekitar jam 12 tengahari tadi (21 Dis 2016) dan masih mampu bersenyum sebab Set of 2 dan Coin Card masih belum habis dijual. 

Hanya 3 keping Coin Card bagi seorang bagi setiap pembelian (pembeli boleh beratur untuk kali kedua dan seterusnya).



Saya merupakan pembeli Coin Card terakhir dari kaunter jualan. Resit di atas menandakan Coin Card terakhir bagi 21 Disember 2016 di Sasana Kijang telah dijual pada pukul 12.54pm.

Nampaknya pesta syiling peringatan tahun 2016 telah sampai ke penghujungnya. Semoga tiada kejutan dari pihak BNM di dalam 2 minggu yang masih berbaki untuk tahun 2016 ini.

Tahniah buat semua pengumpul yang telah memiliki kesemua 5 syiling keluaran tahun ini. Teruskan usaha mengikut kemampuan untuk melengkapkan koleksi anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...