24 Januari 2016

Benarkah RM1 CR AAH adalah wang keluaran BNM?


Semakin ramai telah mula berfikir dan ingin mengetahui atau sedang mencari jawapan disebalik misteri-misteri numismatik di Malaysia. Kami menulis dan berkongsi agar ianya tidak terus menjadi rahsia dan dipenuhi misteri. Sekurang-kurangnya sebahagian kisah asalnya dapat diketahui oleh para numismatis dan pendatang baru.


Semakin hebat soalan demi soalan yang mereka ajukan pada kami dengan meminta kami membekalkan bukti agar segala perkongsian kami bukan ciptaan semata-mata. Biarpun email dan msg mereka sedikit membebankan kami namun sebagai seorang penulis yang pernah menulis dan berkongsi artikel-artikel numismatik yang mereka maksudkan, maka kami cuba membekalkan fakta yang mereka perlukan untuk membuktikan bahawa tulisan kami memang berasas. Biasanya kami menjawap email dan msg mereka dan ada kalanya kami menulis artikel seperti ini agar semua mampu membacanya.

Namun bukan semua penulisan kami mampu dibuktikan atau perlu dibuktikan. Kami faham peranan kami sebagai penulis, tentang apa dan mengapa kami menulis. Ada kalanya kami terpaksa menyimpan dan tidak kongsi fakta dan bukti dengan mengambil kira akan baik buruknya perkongsian tersebut. Kenapa? Agar ianya tidak disalah gunakan oleh pihak yang berkepentingan mahupun beberapa perkara yang biasa menjadi tembok penghalang.




Ramai menulis dan bertanya soalan berkait posting pertama numiscat iaitu RM1 AAH (Ali Abul Hassan) . Berikut adalah soalan atau kemuskilan yang kerap diajukan pada kami :-



  1. Pernahkah BNM mengakui kewujudan RM1 dengan tanda tangan AAH?
  2. Buktikan RM1 AAH adalah wang asli yang dikeluarkan oleh BNM?
  3. Buktikan bahawa RM1 AAH salah terlepas keluar di Pulau Pinang?
  4. Benarkah wujud RM1 AAH tanda tangan tepi?
Berikut adalah bukti pengakuan oleh pihak Bank Negara Malaysia untuk soalan1 dan 2.

Sumber asal dari BNM

Petikan di atas adalah tulisan di laman rasmi BNM berkait RM1 siri 11 "Wawasan 2020". Ianya adalah bukti dan pengakuan pihak BNM bahawa memang wujud RM1 dengan tanda tangan Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. 

Maka memang benar RM1 AAH adalah keluaran BNM dan kami telah membekalkan bukti pengakuan pihak BNM sendiri. Para pengumpul bukannya kurang siuman dengan menawarkan harga tinggi untuk memiliki RM1 AAH.


Jika anda masih inginkan jawapan untuk soalan ke 3, saya cadangkan agar anda menulis terus kepada pihak Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan jawapan bertulis dari mereka sebab BNM mengakui kewujudan RM1 AAH di laman web rasmi mereka.

Bukan senang untuk mendapatkan bukti berkait numismatik di Malaysia tanpa penulisan dan rekod seperti ini. Pihak BNM pula memiliki tanggungjawap, tugas dan misi lebih penting sebagai bank pusat berbanding dunia numismatik dan soalan yang dibangkitkan oleh para numismatis.


RM1 dengan tanda tangan tepi AAH adalah wang yang telah diubah-suai atau wang palsu.

Klik di sini untuk membaca artikel asal dari alphanumis

RM1 seperti di gambar atas memang wujud tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak BNM. Ianya adalah wang kertas yang telah diubahsuai atau wang kertas palsu. Sekiranya ada pihak yang mengelirukan anda dengan mengakui mereka memiliki RM1 AAH tanda tangan tepi, soalan pertama yang harus anda bertanya dengan mereka adalah "Apakah prefix dan nombor siri wang tersebut".

RM1 siri 11 iaitu siri Wawasan 2020 bermula dengan prefix set pertama dengan AA hingga YZ dan set kedua pula dengan AAA hingga AGP. Maka kesemua prefix yang bermula dari AA hingga AGP memiliki tanda tangan Gabenor Zeti Aziz kecuali prefix CR dengan tanda tangan AAH. Prefix CS, CT, CU, CV dan CW tidak dijumpai atau tidak dikeluarkan.


Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh prefix RM1 siri 11.

01 Januari 2016

Numismatik dan Numismatis Malaysia 2015


Seperti yang semua sedia maklum, tahun 2015 sebenarnya telah mencatatkan beberapa perkara dan detik hitam bagi Malaysia dari segi ekonomi mahupun politik. Biarpun ianya menjadi buah mulut dan sedang hangat diperbualkan oleh rakyat, ada juga beberapa perkara dan detik manis yang harus dipertengahkan oleh kita sebagai numismatis Malaysia.

Tahun 2015 boleh dikatakan sebagai tahun sangat bermakna dan penuh kejayaan bagi arena numismatik Malaysia. Banyak kisah mampu dijadikan sejarah dan seterusnya telah mewarnai kalender tahun 2015 agar ianya mampu dikenang dengan penuh senyuman.

Berikut adalah beberapa kisah kejayaan Numismatik dan Numismatis Malaysia sepanjang tahun 2015 yang sempat saya rekodkan dan ingin kongsikan dengan anda semua.


Syiling peringatan termahal 2015

RM23,000
Syiling peringatan emas pertama.
Syiling emas peruf pertama
Tempaan 500 keping sahaja.



Wang kertas termahal 2015

RM322,000
Wang kertas gentian pertama
Nombor siri pertama


RM87,000
Wang Kertas Prefix Pertama
Prefix Pertama siri keunikan Malaysia
Bernombor siri super solid #8





Buku Numismatik Termahal 2015


RM1500


The Coin of Malaysia, Singapore & Brunai 1400-1986 by Saran Singh 
berserta dengan 
panduan harga oleh MNS Publication.




Numismatis Kebangaan Negara

Tuan Ismail Ibrahim (kiri)

Tuan Ismail Ibrahim merupakan pereka cipta syiling peringatan Malaysia. Namun tiada pendedahan dan pengiktirafan berkait beliau. Tahun 2015 telah mencatat detik manis di dalam arena numismatik apabila Tuan Ismail Ibrahim telah ditemui dan beliau sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang amat didahagakan oleh para numismatis Malaysia.

Sekalung Tahniah buat Malaysiancoin.com atas kejayaan ini.



Kumpulan Graduan Numismatik pertama Malaysia 2015

Sijil Profesional Pengajian Numismatik Malaysia

Kini Malaysia dengan banganya telah memiliki : 
1) Program akademik numismatik Universiti Pahang Malaysia.

Semoga para graduan ProCins akan terus membantu perkembangan Numismatik Malaysia.


Peristiwa dan perkara seperti di ataslah akan terus meletakan numismatik Malaysia pada tahap yang tinggi dan terus dijeling oleh para numismatis luar. Permulaan 2016 juga memiliki perjalanan dan destinasi yang harus kita mewarnai demi menjadi kenangan indah untuk generasi akan datang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...