28 Mac 2016

Wang kertas RM50 siri 12 Prefix Gantian ZE


Pengumpul prefix FLR (first, last, replacement) sudah pasti tengah menunggu untuk mengenal pasti prefix terakhir bagi siri 12 dan menanti prefix pertama bagi siri 13.

Sementara meneka dan meramal prefix terakhir siri 12 sambil menanti prefix pertama siri 13, cuba lihat pada koleksi anda sama ada anda telah memiliki RM50 Zeti siri 12 prefix ZE  atau belum. 

Jika RM50 ZE tiada di dalam koleksi atau simpanan anda, masih belum terlambat untuk anda mencari dan mendapatkannya. Saya meramalkan prefix ZE kemungkinan besar akan menjadi prefix gantian terakhir dan terhad bagi RM50 siri 12 setelah prefix ZA siri Merdeka.


Prefix ZB, ZC dan ZD boleh kelihatan dengan nombor lebih besar dari  1-2 juta berbanding prefix ZA dan ZE yang kurang dari nombor 300,000 dan  500,000.

Saya pernah melihat nombor siri terbesar di dalam edaran ZE04, Ini bermaksud lebih 400,000 keping sudah berada di dalam edaran. Ianya satu jumlah yang agak besar biarpun terhad akan tetapi soalan yang harus menjadi keutamaan di dalam numismatik adalah berapa banyak daripada lebih 400,000 keping telah diselamatkan dengan kondisi UNC dan berada di dalam simpanan para numismatis.

Kenalan baik saya telah mengkirimkan 2 keping RM50 ZE kepada saya sebelum saya menemuinya daripada mesin ATM sekitar bulan Disember 2015. Mungkin agak sukar untuk menemuinya di dalam edaran (mesin ATM) dengan kondisi UNC sekarang namun tidaklah mustahil untuk menemui dan berjumpa dengan prefix ZE. 

RM50 ZE dengan kondisi UNC masih boleh diperolehi dengan harga mampu milik (sekitar RM70-100 bagi ZE00). Harga tersebut mungkin akan meningkat setelah  Dr.Zeti bersara dari BNM pada hujung bulan April 2016.

22 Mac 2016

Lelongan MNS pada 27hb Mac 2016 dibatalkan


Sepertimana yang kita sedia maklum, MNS bakal mengadakan lelongan yang ke 167 pada 27hb Mac akan datang. Tetapi sebentar tadi saya terbaca berita di mana lelongan tersebut telah dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Berikut adalah pengumuman yang tertera di laman blog sifu Dickson Niew.


The 167th Auction by the Malaysia Numismatic Society (MNS) which to be held on SUNDAY, 27th. March. 2016 at Muzium Negara, Jalan Petalawati,50480,Kuala Lumpur is cancelled. 

" Dear Members, 

We regret to inform you that the BGM and Auction this Sunday, 27 March 2016 is cancelled. 
We have been informed by the Registrar of Societies (ROS) of certain non compliance, of which we are attempting to rectify....

We will keep you informed and 
updated accordingly.
Our sincere apologies for any inconvenience caused."
 


President.
Malaysia Numismatic Society.

22-3-2016

19 Mac 2016

Lelongan MNS yang ke 167





Persatuan Numismatik Malaysia (Malaysia Numismatic Society - MNS) bakal mengadakan lelongan yang ke 167. Berikut adalah butiran berkait lelongan tersebut:-

Tarikh     : DIBATALKAN
Masa      : 9.30 am
Lokasi    : Muzium Negara, Jalan Petalawati,50480 Kuala Lumpur
Web       : www.money.org.my
Email     : info@money.org.my

Anda boleh melihat dan mendapatkan butiran berkait senarai bahan lelongan dengan klik link berikut :-


Senarai di atas telah dibuat dan dikongsikan oleh Sifu Dickson Niew di laman blognya dniewcollectors.blogspot.my. Beliau merupakan setiausaha Persatuan Numismatik Malaysia (Malaysia Numismatic Society - MNS)

Lelongan Persatuan Numismatik Malaysia  menawarkan pelbagai pilihan koleksi khas kepada semua ahli persatuan. Sekiranya anda bukan ahli berdaftar, anda wajib mendaftarkan diri sebagai ahli sebelum menyertai dan membida di lelongan tersebut. 

Sila melayari laman web Persatuan Numismatik Malaysia untuk mendapatkan segala maklumat berkait syarat, borang dan yuran pendaftaran keahlian. Anda juga boleh mendaftar keahlian baru di lokasi lelongan sebelum acara lelongan dimulakan. 

Semua ahli berdaftar boleh melelong (menjual) dan membida (membeli) di dalam kesemua empat lelongan yang diadakan oleh MNS pada setiap tahun. 





06 Mac 2016

Tempaan sebenar syiling RM5 WTTC melebihi 500 keping?



Bank Negara Malaysia telah mengadakan lelongan awam ke empat wang kertas dengan nombor siri istimewa dan buat julung kali menjual syiling peringatan melalui lelongan awam.

Ramai pengumpul tegar (syiling peringatan) tempatan pasti kecewa kerana gagal untuk memiliki syiling tembaga RM5 WTTC 2016. Salah satu sebab utamanya adalah ianya dibida dengan harga terlalu tinggi sehingga terpaksa melepaskan ianya pergi. Rata-rata ianya dibida diantara RM1700 hingga RM2400.

Biarpun harga menjadi penbincangan utama di kalangan pengumpul namun ada perkara lain yang bermain di dalam fikiran saya iaitu jumlah tempaan yang diluluskan. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan jumlah tempaan yang dimaklumkan oleh pihak BNM di dalam siaran akhbarnya berbanding sijil rasmi syiling tersebut.

Jumlah tempaan sesuatu duit syiling memainkan peranan sangat penting di dalam mewujudkan nilai numismatiknya. Jumlah tempaan bagi syiling RM5 WTTC perlu dipertikaikan dan saya berharap pihak BNM akan tampil menjelaskan percanggahan maklumat berkait tempaan yang dibenarkan.



Jika kita melihat pada siaran akhbar yang dikeluarkan di laman BNM, tempaan yang diluluskan bagi syiling peringatan RM5 WTTC bagi jenis kemasan tidak kilat adalah 150 keping dan bagi jenis kemasan mirif pruf adalah 150 keping.

Siaran akhbar ini dikeluarkan sebelum syiling RM5 WTTC dilelongkan maka sehingga ianya dibida tiada pembida yang tahu akan apa yang tertera pada sijil syiling peringatan RM5 WTTC. 

Berikut adalah apa yg tertera pada sijil syiling peringatan RM5 WTTC.


Tempaan dibenarkan adalah 260 keping bagi jenis kemasan mirif pruf. Jika benar apa yang tertera pada sijilnya maka setiap kemasan ditempa sebanyak 260 keping dan jumlahnya adalah 520 keping bagi kedua-dua jenis kemasan?

Apapun jumlah tempaannya, pihak BNM harus tampil untuk memberikan pencerahan agar semua pengumpul dan para numismatis
 mengetahui tempaan sebenar yang telah dikeluarkan agar sejarah tidak tersalah tulis. 

02 Mac 2016

Apakah prefix terakhir bagi siri 12?



Semua tahu akan realiti bahawa Dr.Zeti Aziz hanya akan menjadi gabenor sehingga hujung bulan April ini. Ini bermaksud Malaysia bakal mendapat gabenor baharu iaitu gabenor yang ke lapan.

Ramai sudah mula meneka siapa bakal menggantikan Dr.Zeti Aziz namun bukan itu tujuan saya menulis kali ini. Tujuan saya adalah untuk berkongsi sedikit maklumat tidak rasmi berkait prefix terakhir bagi siri 12.


Maklumat yang dikongsikan ini hanyalah maklumat yang dikumpulkan dan dibincangkan dikalangan pengumpul sahaja. Ingat, ianya BUKANLAH maklumat rasmi mahupun maklumat yang sah.

Maklumat berikut dikongsikan di laman http://alphanumis.blogspot.my/ dan meminta para numismatis yang memiliki maklumat berkait prefix terakhir untuk berkongsi maklumat dengannya.

Berikut adalah petikan dari laman tersebut:-

---------------------------------------------------------------
Base on our findings and a quick survey on social media, these are the UNCONFIRMED last prefixeswe found so far :

Last Updated on 5 March 2015 with latest changes in RED :

REGULAR NOTES :
RM    1 - Prefix JG
RM    5 - Prefix BF
RM  10 - Prefix CU
RM  20 - Prefix CC
RM  50 - Prefix JJ
RM100 - Prefix BG

REPLACEMENT NOTES :
RM    1 - Prefix ZD
RM    5 - Prefix ZC
RM  10 - Prefix ZD
RM  20 - Prefix ZC
RM  50 - Prefix ZE
RM100 - Prefix ZD

Special thanks to those to provided photos and feedback to us on the quick survey done on Facebook between 27 to 28 Feb 2016.

If you have any prefixes later than those listed above, please do Whatsapp the photo of the banknote with serial number to +60 12 3183042 or email us at help@alphanumis.com
---------------------------------------------------------------
Dikemas-kini pada 28 Jun 2016


Sekiranya anda memiliki sebarang wang kertas yang membuktikan ianya lebih terkini dan mampu menggantikan prefix daripada senanrai di atas, hubungilah kami. Segala kerjasama daripada anda mampu menyelamatkan warisan numismatik negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...