22 Ogos 2016

Wang kertas di dalam edaran pada 30 Jun 2016



Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada suku kedua (30hb Jun) 2016.
Jumlah Wang Kertas di dalam edaran
Denom
31 Mac 2016
30 Jun 2016
RM 1
2,143,215,017
2,462,884,212
RM 2
126,214,159
126,094,120
RM 5
1,964,136,090
2,169,800,097
RM10
5,306,627,690
5,492,286,300
RM20
2,080,322,560
2,237,693,470
RM50
38,989,287,650
41,511,281,799
RM100
34,607,647,300
36,559,218,075
RM500
*74,757,500
*74,754,000
RM1000
*24,491,000
*24,477,000
Total
 RM
85,316,698,966
90,658,489,073
(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. Bagi tempoh suku kedua tahun 2016, Sebanyak 7 keping wang kertas RM500 dan 14  keping RM1000 telah dikembalikan kepada BNM.


Sekiranya anda memiliki RM500 atau RM1000 (dalam keadaan baik) di dalam simpanan serta memiliki hasrat untuk memulangkannya kepada Bank Negara; Cuba hubungi mana-mana penjual atau pengumpul duit lama. Saya pasti mereka berminat untuk membayar anda dan memberikan lebih nilai untuk wang tersebut.

Senarai wang syiling di dalam edaran bakal menyusul selepas ini.

21 Ogos 2016

Lelongan Ke-5 Wang Kertas Malaysia oleh BNM




Pihak Bank Negara Malaysia bakal mengadakan lelongan awam ke-5 bagi wang kertas dengan nombor siri istimewa. Lelongan ke-5 ini boleh diikuti dan dibida oleh pembida di atas talian (online). 

Semua pembida yang ingin menyertai atau mengikuti lelongan ini secara atas talian wajib berdaftar dengan pihak MNP.


Berikut adalah butiran berkait lelongan tersebut.


Tarikh : 3hb September 2016 (Sabtu)

Sessi 1: 10.30am wang kertas RM1, RM10 dan RM50

Sessi 2: 12.00pm wang kertas RM5, RM20 dan RM100

Pendaftaran : Buka pada 8.30am dan tutup antara 10.00am-10.30am

Lokasi : Auditorium - Sasana Kijang Money Meseum @ Bank Negara Malaysia,Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur, Malaysia, 50480

Deposit : RM300

Premium : 15% dari harga bidaan tertinggi di Auditorium
                  20% dari harga bidaan tertinggi di atas talian

05 Ogos 2016

Wang kertas siri 13 bakal diedarkan pada masa terdekat.


Wang kertas siri 13 dengan tanda tangan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim dijangka akan diedarkan pada masa terdekat iaitu sekitar dua atau tiga bulan lagi. 




Datuk Muhammad Ibrahim memberi jangkaan tersebut dengan  mengambil kira proses kitaran yang perlu menghabiskan wang kertas sedia-ada di dalam simpanan dengan tanda tangan Dr. Zeti Aziz. Jangkaan tersebut mampu memberikan kita tips agar bersedia untuk memburu prefix terakhir siri 12 dan prefix pertama siri 13.

"Wang baharu (dengan tandatangan Gabenor baharu) akan diedarkan tidak lama lagi," katanya kepada media selepas merasmikan pameran 'Karya Kertas: Seni Matawang' di Muzium dan Gelari Seni, Sasana Kijang pada 4 Ogos 2016. (Berita Asal : Berita Harian)

Datuk Muhammad Ibrahim merasmikan pameran dengan menanda tangani ruangan kosong atas perkataan 'Gabenor' diiringi oleh Presiden Kelab Warisan Numismatik, Dato Sharuddin Yusof.


Tanda Tangan Datuk Muhammad Ibrahim 

Datuk Muhammad menyampaikan cenderahati kepada Dato Sharuddin.


Graduan ProCINS mendapat jemputan daripada pihak BNM bagi turut serta di majlis tersebut. Sudah pasti ianya adalah kenangan indah bersama Gabenor baharu Datuk Mohammad Ibrahim.


Sumber berita: Berita Harian dan Graduan ProCINS

Gambar tambahan di sini : maestrophoto.blogspot.my

04 Ogos 2016

Pameran 'Karya Kertas: Seni Matawang'


\
  
Pameran ini mempertengahkan pembaharuan kepada seni mata wang kertas dari yang terawal sehingga ke yang terkini dengan menampilkan reka corak yang unggul serta penambahan ciri-ciri keselamatan mengikut perubahan teknologi.

Karya Kertas : Seni Matawang sebenarnya adalah suatu seni yang amat halus sehingga ianya tidak mampu disedari oleh kebanyakan pengguna yang biasa memegang matawang kertas. Sekiranya anda bukan seorang 'pengumpul wang kertas' maka agar susah untuk anda mendalami kesenian yang dipertengahkan di dalam pameran ini di mana seni matawang yang dimaksudkan biasanya terlindung di dalam dompet anda.

Wang kertas siri terbaru 'Keunikan Malaysia' tersenarai di antara 10 wang kertas tercantik di dunia. Ini membuktikan Bank Negara Malaysia tidak hanya mementingkan kestabilan permintaan wang kertas di dalam edaran; disebalaiknya Bank Negara Malaysia juga peka dengan kesenian yang hanya mampu dilihat oleh 'mata-mata' berjiwa numismatik.


Kesenian tersebut kini dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang bermula 4 Ogos 2016 hingga 30 November 2016. Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah PERCUMA.

Sila klik di sini untuk membaca lebih lanjut berkait pameran Karya Kertas : Seni Matawang.




Sebahagian daripada bahan pameran yang wajib di lihat oleh semua numismatis



Plat Tanda Tangan Tun Ismail Mohammad Ali
Plat Tanda Tangan Tun Ismail Mohammad Ali

Plat cetakan RM100 Siri Ke-6 era Tun Jaffar Hussein.
Plat cetakan RM100 Siri Ke-6 era Tun Jaffar Hussein.
Plat ini diukir dengan tangan "hand made".

10 Ribu Dollar, Bank Negara Tanah Melayu - Pattern Note
10 Ribu Dollar, Bank Negara Tanah Melayu - Pattern Note

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...