04 Disember 2017

MYCC 2017c: 60 Tahun Arkib Negara Malaysia


MYCC
2017c
Syiling Peringatan Malaysia
(Commemorative Coin)
04 Dec
2017
60 Tahun Arkib Negara Malaysia
60th Anniversary of National Archives of Malaysia

Syiling peringatan 60 Tahun Arkib Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 Arkib Negara Malaysia pada 4 Disember 2017.

Duit syiling peringatan ini dilancarkan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi Abdul Aziz pada hari ini.

[Kiri-Kanan] Puan Yatimah binti Rimun, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelidikan dan Pengembangan; Encik Thomas Tan Koon Peng, Pengarah, Jabatan Pengurusan dan Operasi Matawang, JPW; Datuk Azemi Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia and Encik Ihsan bin Hj. Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan.

Syiling peringatan 60 Tahun Arkib Negara Malaysia
Bahagian Hadapan
  • Logo sambutan ulang tahun Arkib Negara Malaysia yang ke-60.
  • Perkataan “60th ANNIVERSARY OF NATIONAL ARCHIVES OF MALAYSIA”

 Syiling peringatan 60 Tahun Arkib Negara Malaysia
Bahagian Belakang
  • Logo Arkib Negara Malaysia yang terdiri daripada kepingan kertas yang disusun melambangkan dokumen-dokumen dan rekod kebangsaan. Bentuk bintang pada bahagian tengah logo pula berdasarkan bintang pada bendera Malaysia, yang menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia
  • Perkataan Arkib Negara Malaysia dalam tulisan rumi dan jawi di sekeliling logo menunjukkan tanggungjawab Arkib Negara Malaysia dalam menjaga dokumen-dokumen dan rekod negara.
  • 60 dentil pada sekeliling duit syiling menandakan 60 tahun penubuhan Arkib Negara Malaysia.
  • Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini.
  • Nilai Muka Duit Syiling



Pameran untuk Orang Ramai dan Jualan

Contoh duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai Selasa, 12 Disember 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dan di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu.

Bagi memberikan peluang yang sama rata kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan (satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak berwarna dan tiga duit syiling emas nordic bagi setiap pembeli). Untuk memudahkan pembelian duit syiling peringatan ini, orang ramai boleh membuat tempahan melalui kemudahan tempahan dalam talian yang baharu. Maklumat lanjut tentang kemudahan tempahan dalam talian, tempahan dan tempoh pengambilan akan diumumkan kepada orang ramai melalui siaran akhbar sebelum tarikh jualan.


SPESIFIKASI TEKNIKAL
MYCC
2017c
Komposisi
Composition
Nilai Muka
Face Value
Tempaan
Mintage
Berat
Weight
(grm)
Diameter
(mm)
Thickness
(mm)
AgP
Perak Pruf
Perak Berwarna
Coloured Silver
(99.9)
RM10
500
@RM230
31.10
Diameter
40.70
Tebal
3.05
NBU
Normal BU
Nordic Gold
 (Cu89 Zn5 Al5 Sn1)
RM1
10,000
@RM10
8.50
Diameter
30.00
Tebal
1.80
S2
AgP + Nordic Proof
Set of 2
700
@RM280


Sisi
Edge
Bergerigi | Milled Edge
Bentuk
Shape
Bulat | Round
Kilang
Kilang Wang Shah Alam


Maklumat Tambahan
Semua Duit Syiling Peringatan (asli) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah wang yang sah (legal Tender) dan boleh digunakan sebagai medium pembayaran. Bank Negara Malaysia menjamin akan membayar 100% nilai muka sekiranya ianya dikembalikan/dipulangkan kepada BNM.

Namun, jika anda ingin mendapatkan nilai mukanya, adalah lebih bijak untuk menyerahkannya kepada pengumpul duit lama untuk mendapatkan nilai tambahan.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...