29 Mei 2018

Menukar mata wang : Cadangan Rakyat atau cadangan Perdana Menteri?

Home 


Saya mengikuti rapat dengan perkembangan isu-isu semasa sejak Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum yang ke 14. Banyak perkara yang dikongsikan dan ditularkan di dalam laman sosial biarpun kesahihannya tidak pasti mahupun ianya adalah "berita palsu".

Salah satu berita yang sedang ditularkan adalah berkait "cadangan untuk menukar mata wang RM10,RM20,RM50 dan RM100". Berita ini ditularkan bersama dengan beberapa gambar mata wang baru.
Salah satu posting yang ditularkan di laman sosial.
Sebagai seorang numismatis dan penulis berkait numismatik Malaysia, saya terpanggil untuk menyiasat dan menulis tentang penularan  ini agar para pembaca mendapatkan sedikit maklumat berkait berita yang sedang diviralkan di dalam laman sosial.


Nota: Berikut adalah siasatan peribadi saya dan tolong membetulkan sekiranya ada sebarang fakta lain.

 

Pada 26 May 2018, seorang gadis telah menulis satu cadangan di dinding facebooknya. Tulisan tersebut telah dikongsi dan telah di "copy paste" oleh ramai pengguna lain di laman masing2.




Setelah beberapa hari ianya menular di facebook dan whatapp, akhirnya berita tersebut kini telah mula berubah rupa dan isi kandungannya. Pada asalnya ianya adalah cadangan daripada rakyat kepada Tun Mahathir tetapi kini ianya telah diubah umpama ianya adalah cadangan Tun Mahathir kepada negara.
 

Berita tersebut di atas disertakan dengan beberapa gambar mata wang RM5, RM10 dan RM1000 seperti berikut.



Sumber gambar & berita1
Sumber gambar & berita 2 

Wang kertas di atas adalah rekaan konsep mata wang yang direka oleh pereka  Mu'az Muhammad semasa beliau menuntut di Universiti Sains Malaysia. Grafik rekaan tersebut telah dimuat naik ke laman facebooknya pada Julai 2015.

Saya rasa Mu'az Muhammad sendiri telah memadamkan atau mengeluarkannya daripada laman facebook beliau sebab saya gagal untuk menemuinya di dalam pencarian saya.


MENUKAR MATA WANG BAHARU

Sesuatu negara  biasanya akan menukar mata wang mereka apabila ada keperluan dan kepentingan untuk menyerapkan ciri-ciri keselamatan terkini mengikut arus perubahan teknologi.

Menukar mata wang  juga merupakan salah satu proses yang akan menelan kos yang tinggi. Maka ianya tidak boleh dilakukan sesuaka hati kecuali ada kepentingan  yang perlu dipertengahkan demi keselamatan dan kestabilan ekonomi negara.

Apakah benar kerajaan perlu menukar RM10 dan RM20 seperti  yang dicadangkan di dalam berita yang menular tersebut? 

Sila lihat sendiri hakikat sebenar mata wang Malaysia di dalam edaran pada 31 Disember 2017. 

Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada suku keempat (31hb Dis) 2017.

Jumlah Wang Kertas di dalam edaran pada
Denom
30-Jun-17
31 Dis 2017*
RM 1
2,602,069,607
2,262,153,320
RM 2
125,942,030
125,832,010
RM 5
2,312,655,950
2,014,247,235
RM10
5,930,448,520
5,165,623,370
RM20
2,862,364,960
2,815,266,800
RM50
46,373,463,300
44,811,091,815
RM100
41,882,436,875
43,075,894,425
RM500
74,746,500
74,749,500
RM1000
24,447,000
24,429,000
Total  RM
102,188,574,742
100,369,287,475
*Pelarasan Tunai dalam transit.

(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

Cukup jelas di mana mata wang RM1, RM5, RM10 dan RM20 bukanlah pilihan yang tepat sebab denominasi kecil dan pertengahan tersebut tidak wujud di dalam jumlah yang besar. Masing-masing hanya wujud di dalam jumlah RM2 hingga RM5 billion sahaja berbanding RM50 dan RM100 sekitar RM43 billion dan RM45 billion.

Oleh yang demikian, sekiranya kerajaan ingin mengambil keputusan untuk menukar siri (reka bentuk) mata wang  terkini kepada yang terbaharu atas alasan keselamatan dan kestabilan ekonomi untuk mengesan simpanan beku di dalam rumah oleh pihak-pihak tertentu maka denominasi RM50 dan RM100 adalah pilihan yang tepat.

Jika benar kerajaan ingin mengambil tindakan sedemikian sekalipun, saya pasti kerajaaan tidak akan bincangkan isu seperti ini secara bebas di laman sosial. Sepatutnya ianya dirahsiahkan daripada pengetahuan awam demi keberkesanannya.

Saya meramalkan mata wang siri ke 5 (BNM) baharu akan mengambil tempat sekitar pada tahun 2022-2025 dan ini bermaksud rakyat perlu menunggu minimum 4 tahun lagi untuk melihat mata wang siri baharu.

Sebagai seorang numismatis tempatan, kita (semua numismatis) sama-sama memikul tanggung jawap untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada semua pengguna di luar sana.

Semoga perkongsian kali ini mampu memberikan petunjuk sebenar berkait "mata wang baru" yang sedang ditularkan di dalam laman sosial.

22 April 2018

Duit Syiling di Dalam Edaran Pada 31 Disember 2017



Kami telah menulis berkait wang kertas di dalam edaran pada 31hb Dis 2017 dan berikut adalah angka dan jumlah berkait duit syiling yang berada di dalam edaran pada suku ke-4 2017.

Berikut adalah senarai denominasi yang pernah dikeluarkan oleh BNM berserta jumlah nilainya di  dalam edaran pada  31hb Dis 2017.

Jumlah Duit Syiling di dalam edaran
Denom
30 Jun
31 Dis
Keterangan
2017
2017
1   Sen
43,322,716
43,318,587
Keluaran sejak 1967-2007
5   Sen
193,084,125
198,487,778
Termasuk Siri 1,2,3.
20 Sen termasuk denominasi 25 Sen.

10 Sen
739,251,037
758,900,219
20 Sen
960,199,189
987,649,054
50 Sen
1,077,780,240
1,118,762,302
RM   1
32,577,503
32,508,876
Keluaran sejak 27 Januari 1969 dan syiling peringatan.
RM   5
9,716,280
9.716,280
RM 10
3,102,810
3,142,350
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM 15
1,423,515
1,423,515
Keluaran sejak 19 Januari 1976
RM 25
14,879,325
14,879,250
Keluaran RM20 sejak
19 Januari   1976 &
RM25 sejak 19 Januari 1976
RM100
12,811,125
12,901,500
Keluaran sejak 27 Januari 1969
RM200
12,772,850
12,772,800
Keluaran sejak 15 Disember 1976
RM250
8,390,500
8,390,500
Keluaran sejak 18 Oktober 1976
RM500
13,158,000
13,158,000
Keluaran sejak 19 Januari 1976
Total
3,122,469,215
3,206,294,730
Numiscat
RM

* Denominasi RM1 siri kedua yang dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1996 telah dinyah-wangkan pada 7 Dis 2007. Ianya tidak boleh diperlakukan sebagai wang yang sah. Jumlah nilai di dalam edaran bagi RM1 di atas termasuk duit syiling RM1 siri kedua.

Senarai di atas adalah termasuk kesemua duit syiling yang pernah dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia sejak 1967 termasuk bagi jenis syiling edaran dan jenis syiling peringatan. 

Kesemua duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan nilai muka merupakan wang sah (legal tender) kecuali diwartakan disebaliknya secara rasmi oleh pihak BNM.

15 April 2018

Wang Kertas di Dalam Edaran Pada 31 Disember 2017




Ramai pembaca numiscat bertanya  dan menanti maklumat berkait jumlah matawang di dalam edaran. Ada juga pembaca sangsi dan ingin tahu dari mana kami mendapatkan maklumat berkait tulisan kami. 

Ianya agar sukar bagi kami untuk menerangkan dan kongsi segala punca berita kami namun, segala maklumat yang kami kongsikan berkait jumlah mata wang di dalam edaran adalah hasil maklumat yang kami perolehi daripada pihak BNM.

Berikut adalah jumlah nilai wang kertas di dalam edaran mengikut denominasi pada suku keempat (31hb Dis) 2017.

Jumlah Wang Kertas di dalam edaran
Denom
30-Jun-17
31 Dis 2017*
RM 1
2,602,069,607
2,262,153,320
RM 2
125,942,030
125,832,010
RM 5
2,312,655,950
2,014,247,235
RM10
5,930,448,520
5,165,623,370
RM20
2,862,364,960
2,815,266,800
RM50
46,373,463,300
44,811,091,815
RM100
41,882,436,875
43,075,894,425
RM500
74,746,500
74,749,500
RM1000
24,447,000
24,429,000
Total  RM
102,188,574,742
100,369,287,475
*Pelarasan Tunai dalam transit.

(Senarai di atas adalah jumlah wang kertas termasuk semua siri sejak Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan mata wang pada tahun 1967.)

*Denominasi RM500 dan RM1000 telah dinyah wangkan dan tidak sah untuk diperlakukan sebagai wang yang sah. 

Sekiranya anda memiliki RM500 atau RM1000 (dalam keadaan baik) di dalam simpanan serta memiliki hasrat untuk memulangkannya kepada Bank Negara; Cuba hubungi mana-mana penjual atau pengumpul duit lama. Saya pasti mereka berminat untuk membayar anda dan memberikan nilai tambahan untuk wang tersebut.

Nantikan perkongsian berkait jumlah duit syiling di dalam edaran  dalam masa terdekat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...